Trick Mekap Kening

Trick terbaik untuk mekap kening yang bergaya

Menerangkan kening ialah salah satu elemen penting untuk mekap wajah. Adakah kadang-kadang anda terasa susah sekali untuk melukis kening? Lihat di bawah untuk ketahui trick terbaik melukis lengkung kening dengan mudah. Teruskan membaca untuk hack mekap kening yang akan mengubah hidup anda - dari mekap artis.

Penjagaan harian kening - rahsia mekap kening yang menawan

Sebelum anda membuat kening dan memakai mekap di wajah, pastikan anda melakukan penjagaan kening terlebih dahulu. Bulu kening yang sihat akan menghasilkan bulu yang cantik. Mekap menjadi lebih indah dengan bulu kening yang mempunyai akar kuat dan tebal. Kalau kening anda jenis jarang-jarang atau bertompok, pasti sukar untuk melukis mekap yang cantik.

Apa yang perlu dilakukan untuk mendapat bulu kening yang sihat dan lebih cantik? Tanpa ragu-ragu lagi, anda perlu pakai serum, cara yang paling berkesan - guna setiap hari sebelum tidur. Kening anda pasti kelihatan cantik saban hari!

Trick terbaik untuk mekap kening yang bergaya

Mekap kening yang sempurna bukan tiba-tiba menjadi - anda perlu tahu cara untuk melukisnya untuk mendapat kesan terbaik dengan hanya sedikit usaha.

#1 Letak powder pada kening sebelum memakai mekap

Trick ini sesuai untuk orang yang mempunyai kening nipis atau kulit yang berminyak. Pakai powder buluh, mineral atau beras pada bulu kening - untuk menghasilkan kemasan matte dan menyerap lebihan minyak. Dengan ini, mekap anda juga akan tahan lama - tidak bercapuk.

#2 Beli berus bersudut

Tahukah anda mekap artis tidak akan buat mekap kening tanpa berus halus bersudut? Dengan alat ini, anda boleh melukis garisan tebal atau nipis. Bahagian bulu yang paling halus membolehkan anda untuk mengisi bulu kening dan kelihatan seperti semulajadi, sempurna, dan cantik. Dapatkan aksesori berkualiti untuk melukis seakan bulu semulajadi. Anda boleh guna berus bersudut untuk memakai pomade, powder atau wax. Selain itu, boleh juga digunakan untuk blend mekap lain.

#3 Berus kening selepas pakai mekap

Semasa anda mengisi kening, anda pasti nampak yang kening diisi tidak dipenuhi dengan rata. Bagaimana cara untuk mengisi dengan sekata? Apa yang anda perlukan ialah spoolie untuk melembutkan hujung tajam dan memastikan liputan menyeluruh.

#4 Trick mekap kening yang pantas

Bercakap tentang berus, ada satu hack untuk melukis kening anda dengan pantas! Cara terpantas di dunia untuk melukis kening - anda perlukan spoolie dan pensel kening berwarna beige atau coklat. Calit sedikit dengan spoolie dan beruskan pada kening. Dengan cara ini, anda boleh terangkan dan membentuk kening dengan cepat.

#5 Elakkan hujung tajam

Pastikan anda lukis garis kening atas dengan lembut dan elakkan memakai contour tajam. Jika anda inginkan garis yang berani dan tebal, anda akan kelihatan seperti karton lucu.

#6 Tambah definisi untuk kening anda

Mekap artis telah menggunakan trick ini bertahun-tahun lamanya: guna pensel kening nude atau concealer dan luncurkan di bawah garis bawah kening - garis atas kening lembut dan semulajadi manakala garis bawah sekata dan tepat. Cara ini akan membuatkan lengkung anda kelihatan semulajadi, meningkatkan kening dan membuatkan wajah anda kelihatan segar dan nampak tenang.

#7 Kemaskan kening anda menggunakan gel kening

Produk mekap yang mahal pun tidak berguna jika kening anda berserabut dan tidak terurus. Untuk melukis bentuk yang sesuai dan tahan lama, apa yang diperlukan ialah gel jernih atau berwarna. Sememangnya idea bernas untuk mengurus kening yang lebat. Gel yang berkualiti akan membentuk dan menjadikan kening paling tebal dan berserabut kelihatan terurus dan rapi.

#8 Pilih warna yang sesuai

Selain memilih produk yang berkualiti, untuk mencipta kening cantik seperti dilukis oleh mekap artis, anda perlu memilih warna yang sesuai. Tahukah anda bahawa anda memerlukan sekurang-kurangnya dua warna untuk melukis kening sempurna? Contohnya, anda boleh guna shade dingin powder, marker atau pensel kening untuk mengisi kening jarang dan anda juga perlu guna warna yang lebih cerah untuk mengelakkan lengkung kelihatan berat, atau terlalu berani. Dengan beberapa warna, anda boleh cipta kesan ombre semulajadi: mulakan dengan powder cerah dan tambah sedikit demi sedikit rona yang lebih gelap.

#9 Pastikan seimbang

Jika anda inginkan kening sempurna, pastikan mekap kening anda sepadan dengan mekap di wajah. Jika anda inginkan penampilan mata gaya smokey berani, pastikan lengkung dilukis dengan berani. Kesan yang lebih lembut sesuai untuk mekap harian. Harmoni adalah kunci utama untuk mendapatkan mekap sempurna.

#10 Elakkan stensil kening

Stensil kening mungkin cara terbaik untuk mendapatkan bentuk kening sempurna. Tapi, anda perlu ingat bahawa ia perlu disesuaikan mengikut bentuk wajah unik. Kita semua mempunyai bentuk mata, wajah, sudut dalam dan luar, jarak mata ke hidung yang berbeza. Disebabkan itu, kami sarankan untuk membuat pemetaan kening berbanding stensil - kening anda akan dibuat cantik menawan mengikut bentuk wajah anda.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi