
Pomade kening ialah trend zaman sekarang! Kosmetik unik ini membolehkan anda untuk mencapai kesan menawan yang mustahil diperoleh jika hanya guna maskara atau pensel. Adakah anda ingin mula guna pomade tapi tidak pasti cara yang betul? Adakah anda inginkan kening yang menawan sempurna? Belajar kaedah mekap kening terbaik - panduan kami akan menceritakan rahsia mekap sempurna dengan pomade kening!
Apakah pomade kening?
Pomade kening ialah kosmetik yang mempunyai tekstur seperti wax atau pes - ia tebal dan ditempatkan dalam bekas kaca atau plastik. Ketumpatannya membuatkan produk ini berpigmentasi tinggi dan memberikan liputan menyeluruh sesuai untuk mekap kening berani. Anda boleh menerangkan lengkung, menonjolkan dan menambah warna, mengisi ruang kosong dan meniru bulu kening anda. Pomade ini akan membuatkan kening anda seperti dikontur sempurna.
Pomade kening - sesuai untuk siapa?
Pomade ialah kosmetik unik dan versatile kerana kesan mekap yang ditunjukkan: dari berani dan kuat sehinggalah peningkatan halus pada kening. Hal ini membuatkan ia sesuai untuk semua jenis kening - tebal dan berani, hanya perlu terangkan bentuk, manakala untuk kening halus dan jarang, perlu melukis dari awal, menambah bentuk dan terangkan. Jika anda belajar cara menggunakannya, anda boleh membuat banyak jenis penampilan mekap - isi kening jarang, meniru bulu asli, menonjolkan kening atau membuatkan ia kelihatan berani. Kemungkinan yang tiada had dan semuanya bergantung kepada jenis mekap anda. Perlu ingat bahawa bentuk, ketebalan dan posisi kening anda perlu sepadan dengan bentuk wajah anda.
Apa yang diperlukan untuk menggunakan pomade kening?
Untuk memakai pomade pada lengkung dengan tepat dan mudah, anda perlukan berus berkualiti. Berus mestilah halus, rata dan senget. Ia juga mestilah mempunya panjang yang sesuai dengan berus agar tidak terlalu fleksibel dan tidak mencipta garis yang tebal. Berus tepat akan memastikan mekap kening anda sempurna dan memudahkan anda untuk melukis. Pomade ialah pes yang lembap dan melekit tapi tahan lama, jadi setiap olesan berus ada kesan. Semasa memakai pomade, cuba untuk menaikkan intensiti secara perlahan-lahan dan mulakan dengan olesan lembut.
Cara menggunakan pomade kening langkah demi langkah
1. Untukmendapatkan mekap tahan lama dan 3D, anda perlu pakai powder jernih pada kening dan berus sisa lebihan. Anda boleh guna spoolie untuk proses ini.
2. Inilah masanya untuk anda melukis garis kening. Letak sedikit pomade pada berus. Buang lebihan dengan gosok berus di atas tangan anda dan lukis garis halus pada bucu bawah kening. Ingat, anda perlu lukis dengan kadar secukupnya dan kenalpasti bentuk ideal lengkung anda. Pastikan ia sepadan dengan bentuk wajahanda.
TIP
Jika hasilnya tidak seperti yang anda ingini, anda boleh terus touch-up sebelum pomade mengering.
3. Setelah anda melukis garis kening, pastikan tiada sisa bulu melebihi garisan. Cantikkan kening dengan mudah menggunakan penyepit untuk mencabut bulu dengan senang.
4. Hanya tinggal sedikit sahaja pomade yang ada pada berus untuk lukis garis kening atas. Pastikan ekor kening perlu lebih ditekankan. Anda boleh tambah sedikit pomade untuk menekankan. Penggredan warna akan membuatkan kening anda kelihatan semulajadi, pastikan ekor yang paling gelap dan depan diisi dengan jarang-jarang untuk mencipta kesan bulu pelepah. Hasilnya, kesan ombre anda kelihatan lebih sempurna.
5. Oleskan pomade dari bekas dan isi kening selebihnya dengan warna. Pastikan penggredan warna dan penekanan pada ekor kening.
6. Guna spoolie bersih, beruskan sisa pomade fokuskan di garis atas (jangan terlalu tajam) dan pada bahagian tengah. Anda boleh biarkan ekor kening begitu sahaja.
7. Jika anda mahu, anda boleh baiki kening dengan gel jernih. Dengan ini, bulu anda akan kekal sepanjang hari dan anda boleh kawal bentuknya. Gel kening akan memberi kesan 3D dan menyerlahkan sinaran bulu seterusnya kelihatan estetik.
TIP
Jika anda tidak sengaja melukis melebihi garis kening, keringkan dengan concealer. Gunakan berus halus.
Pomade kening yang mana perlu dipilih?
Untuk mendapatkan hasil terbaik, berkelas tinggi dan mekap tahan lama, pilih kosmetik berkualiti tinggi dengan pigmentasi tinggi dan warna sesuai. Contohnya Nanobrow Eyebrow Pomade - warna yang bersesuaian dengan formula bertekstur satin hebat dan formula kalis air tahan lasak. Anda pasti akan menjadi pakar mekap kening sesudah itu. Jangan ambil ringan kecantikan anda - pilih kosmetik berkualiti dan mengandungi bahan-bahan terbaik. Pilih Nanobrow!
Bagaimana cara untuk menyelamatkan pomade yang kekeringan?
Setiap pomade mempunyai tekstur formula berkrim, kompak dan tebal. Pes ini akan mengering semakin lama. Tapi, anda boleh menyelamatkannya! Jika anda inginkan konsistensi yang sama, hanya tambah setitis duraline - kosmetik unik ini sesuai untuk peminat mekap kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan selain melarutkan pomade kening! Jika bercampur dengan kosmetik, ia akan mengubah formula menjadi cecair dan kalis air, atau larutkan jika terlalu tebal. Hal ini memudahkan anda untuk memakai produk mekap - sama ada foundation, lipstick atau eyeshadow yang mana jika dilarutkan, boleh dipakai.
Selamat mencuba mekap kening anda!