Saiz: 50 ml / 1.69 fl oz
Nanolash Lash & Brow Shampoo ialah produk yang direka untuk meningkatkan keselesaan dan kualiti kerja anda serta penjagaan harian. Ia dicipta untuk penggunaan profesional dan di rumah. Produk ini akan mempersiapkan bulu dan kulit di sekeliling mata dengan sempurna untuk pelbagai rawatan kecantikan serta memberikan cucian menyeluruh. Syampu ini meningkatkan ketahanan untuk proses angkat bulu mata, sambungan bulu atau laminasi alis mata.
Syampu 50ml ini dilengkapi dengan pam buih. Ini adalah cara terbaik untuk menggunakan produk yang mencuci kulit dan bulu secara sempurna dari solekan atau sisa sebum secara berjimat. Ia juga produk pelbagai guna yang sempurna untuk rutin kecantikan harian dan mencuci bulu mata asli dan palsu.
Sebelum guna, sila goncangkan botol.
Tekan pam untuk mengeluarkan buih secukupnya dan letak di tangan atau pad kapas lembap.
Pakai syampu pada bulu mata dan kening anda pada pad kapas lembap.
Lakukan gerakan membulat dengan jari anda selama 30 saat, urut produk pada kawasan mata.
Bilas syampu secara menyeluruh dengan air suam.
Keringkan kawasan mata dengan menekan tuala padanya.
Syampu bulu mata dan kening dari Nanolash ini disukai ramai kerana keberkesanan dalam cucian bulu mata dan kening dari sisa solekan dan sebum. Sesuai jika anda ingin mempersiapkan bulu dan kulit untuk pelbagai rawatan seperti mewarna, laminasi, angkat atau sambungan bulu mata. Produk yang penting di semua salon kecantikan.
Kulit di sekeliling mata sangat halus jadi, pastikan anda melakukan penjagaan khas dan lembut. Syampu bulu mata dari Nanolash ini direka khas untuk melembutkan pada bahagian mata dan memberikan penjagaan baik untuk bulu mata dan kening. Formula gliserin melembapkan bulu dan membantu bahan berkhasiat lain menembusi kulit. Sodium hyaluronate membentuk lapisan pada bulu mata dan kening untuk melindungi dari pengewapan air tapi ia juga berfungsi untuk melembutkan dan melicinkannya. Aloe vera mempunyai bahan melembapkan dan melegakan dan bertindak sebagai antioksida yang melambatkan penuaan. Asid sitrik mengurangkan hiperpigmentasi dan mempercepatkan pengelupasan kulit mati.
Penjagaan sambungan bulu mata yang baikadalah kunci kepada penampilan yang tahan lama. Syampu ini tidak mengandungi bahan berminyak jadi, ia mencuci bulu mata palsu dari sisa solekan, habuk atau sebum dengan berkesan. Ia tidak menjejaskan struktur bulu atau pelekat. Anda boleh gunanya setiap hari sebagai satu rutin kecantikan dan nikmati penampilan bulu mata yang segar.
Bulu mata rapi adalah pasangan kepada bulu kening yang cantik! Syampu buih bulu mata dan kening bukan satu-satunya produk Nanolash yang ada. Terokai secara meluas pelbagai produk bulu mata yang cemerlang yang menjadikan solekan dan rutin kecantikan anda lebih menawan. Lihat apa lagi yang kami tawarkan dan cipta trend terkini!
Mencari inspirasi mekap? Ingin ikuti trend dan berita kecantikan terkini? Lihat media sosial Nanobrow!