Nanolash Eyelash Lift Kit

Angkat dan laminasi bulu mata – set produk dan aksesori

Kandungan:

Step 1 - Lift(10 x 0.5 ml)
Step 2 - Fix(10 x 0.5 ml)
Step 3 - Keratin Booster (10 x 0.5 ml)
Lash Lift Glue(5 ml)
Batang Silikon(3 pasang)
Sikat Angkat(3 pcs.)
.

BAGAIMANA Nanolash Lash Lift Kit BERFUNGSI?

Bulu mata kelihatan subur dan berjarak dengan jitu
Sehingga 8 minggu bulu mata melentik
Kesan bulu mata terangkat dan tebal yang tahan lama
Kandungan kit mencukupi untuk 10 kali pemakaian

KESAN ANGKAT DAN LAMINASI BULU MATA MEMBERIKAN KESAN BEBERAPA MINGGU

Jika anda inginkan pandangan memukau, pilih kit angkat dan laminasi bulu mata dari Nanolash yang mengandungi semua yang anda perlukan dan hasilnya yang memuaskan hati. Terokai betapa mudahnya untuk menyukai bulu mata baru.

Dengan proses ini, bulu mata anda kelihatan tebal dan warnanya lebih gelap sambil memberikan sinar unik. Bulu mata anda kelihatan terangkat dan lentik dan yang paling penting berjarak elok dan mencipta kesan seperti bulu mata kipas selama 8 minggu.

Lash Lift Kit

KOMBINASI PENJAGAAN DAN KECANTIKAN, SEHINGGA 8 MINGGU

Semasa proses angkat, bulu mata anda akan mengalami transformasi visual yang jelas. Bulu mata anda kelihatan lebih terangkat dan tebal, penampilan kelihatan jelas dan menakjubkan dan pandangan lebih berani. Kesan laminasi bulu mata anda kelihatan sangat semulajadi, anda tidak perlu risau jika kelihatan keterlaluan. Kit angkat dan laminasi bulu mata bukan hanya membuatkan penampilan anda kelihatan cantik tapi memberikan kesuburan. Produk ini disertakan dalam kit angkat dan laminasi bulu mata yang mengandungi formula khas yang diisi dengan bahan-bahan aktif yang menyuburkan dengan kesan manfaat untuk keadaan bulu mata.

TEROKAI FORMULA YANG MENGUBAH KEADAAN BULU MATA ANDA

Sutera, arginine, dan panthenol ialah formula yang menyuburkan bulu mata dengan jelas dan menguatkan struktur serta menjadikan ia bersinar dan lembut. Keratin hidrolisasi meningkatkan volume bulu mata dengan membina bulu mata serta meningkatkan ketahanan dari kerosakan. Minyak kelapa dan abyssinian meningkatkan perlindungan dari kesan kerosakan sinar matahari manakala minyak alpukat dan biji anggur pula melembapkan bulu mata dan meningkatkan ketahanan menjadikan ia lebih tahan dari menjadi rosak. Lanolin melindungi bulu mata dari kehilangan air berlebihan sambil meningkatkan keadaannya. Manfaat minyak zaitun pula melembutkan bulu mata menjadikan ia lembap dan licin sempurna.

Lash Lift Kit

NANOLASH LASH LIFT KIT – CARA PENGGUNAAN

Kit angkat dan laminasi bulu mata mengandungi semua produk dan aksesori yang diperlukan untuk anda melakukan keseluruhan proses angkat bulu mata. Ingat, pastikan anda ikuti arahan. Lihat sendiri betapa mudahnya!

1 Cuci kelopak mata dan bulu mata anda dari sisa solekan dan sebum. Idea yang bagus ialah guna pencuci solekan bebas minyak atau syampu bulu mata dan kening untuk tujuan ini.

2 Pilih batang silikon dan gamkan pada kelopak mata atas. Letak gam padanya dan sisir bulu mata anda pada bulu mata untuk memastikan ia dijarakkan dengan baik.

3 Pakai Step 1 - Lift pada bulu mata. Kekal jarak 1 mm dari garis air dan jangan saluti hujung bulu dengan produk. Tunggu 7-10 minit dan cuci produk dengan pad kapas atau aplikator.

4 Pakai Step 2 - Fix pada bulu mata. Kekal jarak 1 mm dari garis air dan jangan saluti hujung bulu dengan produk. Tunggu 7-10 minit dan cuci produk dengan pad kapas atau aplikator.

5 Pakai Step - 3 Keratin Booster pada bulu mata. Kekal jarak 1 mm dari garis air dan jangan saluti hujung bulu dengan produk. Tunggu 7-10 minit dan cuci produk dengan pad kapas atau aplikator.

6 Kupas bulu mata dengan lembut dari batang, kemudian cuci kelopak mata. Akhir sekali, berus bulu mata dengan spoolie nilon.

NANOLASH – PRODUK BULU MATA CEMERLANG

Bulu mata rapi adalah pasangan kepada bulu kening yang cantik! Kit angkat dan laminasi bulu mata bukan satu-satunya produk Nanolash yang ada. Terokai secara meluas pelbagai produk bulu mata yang cemerlang yang menjadikan solekan dan rutin kecantikan anda lebih menawan. Lihat apa lagi yang kami tawarkan dan cipta trend terkini!

SEMAK TAWARAN KAMI

Mencari inspirasi mekap? Ingin ikuti trend dan berita kecantikan terkini? Lihat media sosial Nanobrow!

FAQ
Adakah bulu mata perlu disediakan untuk proses angkat dan laminasi bulu mata?
Bilakah waktu sesuai untuk mengulang proses angkat dan laminasi bulu mata?
Apakah perbezaan antara laminasi dan angkat bulu mata?
Bagaimana penjagaan selepas melakukan proses angkat dan laminasi bulu mata?
Bolehkah saya memakai maskara selepas angkat dan laminasi bulu mata?
Berapa lama masa diambil untuk memproses pesanan?
Bolehkah saya membuat pesanan dari luar negara?
Always perfect eyebrows
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi