
Penampilan kening dan mekap akan terus berubah. Walaupun ada yang luar biasa. Jika anda ingin kekal dengan trend kecantikan sekarang, teruskan membaca - lihat trend mekap kening terhangat. Adakah anda akan terinspirasi?
Kening berani
Penampilan ini adalah pilihan ramai. Ramai wanita gemar mempunyai kening berani. Kami tidak terkejut- mekap cantik gaya ini akan menaikkan seri wajah dan kelihatan lebih muda. Pomade kening sememangnya terbaik untuk penampilan ini - anda boleh cipta kesannya mengikut panjang kening. Dengan ini, anda boleh melukis bulu-bulu halus. Anda boleh comotkan sikit untuk cipta kesan shading untuk menjadikan kening kelihatan lebih semulajadi. Pomade kening tahan lama dan senang digunakan jadi kita boleh pakai pada kening yang paling halus dan bertompok-tompok.
Kening Celup
Musim panas adalah tentang keseronokan dan konsert luar. Penampilan warna-warni mempamerkan kebebasan dan keseronokan anda - warna-warni boleh dipamerkan melalui pakaian tapi juga mekap. Tahukah anda trend terhangat musim panas - kening celup? Sungguh menawan! Celup, atau kening berwarna - jika dibuat dengan baik - akan membuatkan anda kelihatan menawan. Walaupun bukan idea terbaik sewaktu bekerja tapi kalau untuk festival atau karnival - anda boleh cuba, kan? Untuk mendapatkan penampilan ini, anda perlu guna satu warna (sebaiknya warna krim) atau beberapa warna untuk perkembangan warna yang lancar. Meletakkan warna pada ekor kening juga trendy. Sebaiknya, pakai produk menggunakan berus halus bersudut. Apakah warna sesuai? Pilih warna yang sesuai dengan tona kulit dan pakaian anda. Banyak pilihandi luar sana. Teruskan berimaginasi! Ingat untuk kekalkan kesannya dengan gel jernih - sudah pasti kening anda akan kekal 'on fleek' sepanjang parti musim panas!
Kening disko
Jom kita guna warna dan gloss! Kening celup bukan satu-satunya trend parti yang ada. Kening disko juga pilihan ramai. Wanita yang memakai glitter pada kening boleh ditemui di kelab malam seluruh dunia! Anda boleh dapatkan penampilan ini dengan mudah: pakai gel jernih pada kening dan taburkan glitter padanya atau powder kening glitter - emas atau perak - sebelum gel kering. Terdapat juga gel glitter istimewa yang anda boleh pakai pada kening dan mekap setelah selesai! Anda boleh bermain dengan mekap dan tidak terlalu serius untuk mendapatkan kening disko.
Mekap gaya mikroblading palsu
Mekap gaya mikroblading ialah trend yang masih diteruskan. Ia adalah alternatif untuk mekap separuh kekal yang melibatkan bukaan kecil pada kulit untuk memasukkan dakwat bagi memalsukan kening anda. Mekap artis menunjukkan kami untuk mendapatkan kesan sama yang boleh dicuci kemudian. Mudah sahaja jika anda mempunyai pen kening super nipis - mata yang tepat yang berpigmen. Anda boleh guna untuk mengisi kening dan menutup tompokan. Bulu yang anda lukis kelihatan seperti bulu asal. Pen kening yang bagus sangat tahan lama, berpigmen tinggi dan tepat. Anda boleh cipta kesannya dengan baik. Anda juga boleh melukis garis kening dan menerangkan garis bawah.
Kening ombre
Salah satu penampilan kening yang paling popular dan cantik! Anda boleh melukis kening dengan tepat membuatkan ia kelihatan semulajadi dengan mengadukan rona. Kepala kening lebih cerah dan halus serta licin menjadi semakin gelap dan berani menuju ke ekor kening. Anda boleh melukis mekap ombre dengan pomade dua warna atau powder kening khas dan wax. Mudah sahaja. Pastikan anda guna produk berkualiti kerana formula dan pigmentasi adalah kunci kejayaan.
Kening berombak
Penampilan aneh ini adalah trend terkini di internet! Kening berombak sememangnya pilihan terbaik jika anda ingin ke parti liar atau karnival - bukan mekap gaya good-to-go. Bagaimana cara untuk lukisnya? Pertama sekali, tutupi kening dengan concealer. Kemudian, guna pomade atau pen kening untuk lukis bulu garis berombak. Cuba lukis bulu halus untuk memalsukan bulu kening anda. Untuk pastikan kening anda kekal sehingga ke akhir parti, set dengan gel jernih atau gel berwarna.
Kening gebu
Kening merimbun dan gebu juga semakin popular sekarang. Sabun kening atau gel digunakan untuk mengekalkan kesan selama mungkin. Kening gebu semakin popular di Instagram. Mekap artis mengesyorkan untuk menggebukan kening mengikut panjang - jangan risau jika anda terlebih! Semakin gebu dan serabut bulu anda, semakin menjadi. Anda akan mendapat kesan terbaik jika anda tidak mencabutnya buat sementara waktu. Cuba untuk menyikatnya di seluruh arah untuk mendapatkan penampilan gebu dan merimbun.
Sikat belakang
Kening gebu ialah inspirasi untuk kening sikat belakang - mereka mengejarnya dengan pantas! Dengan menyikat belakang bulu anda - berlawanan dengan arah pertumbuhan rambut - anda boleh mencipta volume. Apa yang anda perlukan ialah berus kening berkualiti dan sabun penggaya. Gel kening yang bagus juga berguna. Anda juga boleh menambah warna dengan powder kening, sebagai contoh. Kening anda akan kelihatan tebal dan tridimensi. Untuk kemasan akhir, anda boleh isi kening menggunakan pen kening atau terangkan garis bawah. Berbanding dengan kening gebu, kening sikat belakang lebih terangkat dan tebal serta boleh menjadi warna-warni manakala kening gebu lebih halus dan semulajadi.
Mekap tanpa kening
Trend ini berlawanan dengan kening tebal dan berani. Trend mencerahkan kening supaya ia tidak lagi kelihatan juga semakin popular. Trend tiada kening ini memfokuskan untuk mencantikkan lagi mata dan bulu mata. Apa pun, anda perlukan keberanian untuk mendapatkan bleaching kekal. Tapi, mekap artis memberikan pilihan yang lebih selamat - memakai mekap, bukan bleach. Anda perlu pakai concealer nude pada kening dan sikatnya. Kadang-kadang, anda perlu pakai lebih daripada satu salutan. Bergantung kepada warna dan ketebalan kening anda.
Kening lurus
Gaya kening yang popular di TikTok. Kening lurus menjadi pilihan ramai dengan pantas - ia akan membuatkan kita kelihatan lebih berani, wajah lebih langsing. Trend ini ialah kombo mekap dan penggayaan - anda mungkin perlu mencabut bulu untuk menyingkirkan bentuk lengkung semulajadi. Anda juga perlu melukis bulu untuk mencipta garis lurus. Pomade, pensel atau pen boleh digunakan untuk tujuan ini. Mekap artis mengatakan mekap gaya ini akan membuatkan wajah anda lebih terangkat!