Mencuci Mekap Kening- Fakta & Tips Wajib Diketahui

Apakah cara terbaik untuk mencuci mekap kening?

Mencuci mekap dari wajah, mata, dan kening adalah rutin yang sangat penting setiap hari. Kita perlu cuci muka dengan bersih sebelum tidur. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kedutan, noda, dan keradangan kulit. Jika produk dan minyak yang kita guna terkumpul pada kening, kening kita akan rosak: menipis, kering, kusam. Teruskan membaca, anda akan ketahui rahsia cara mencuci mekap kening dengan sempurna.

Cara mencuci mekap - kenapa proses ini sangat penting

Kebanyakan produk mekap kening berpigmen tinggi, tebal dan bertekstur krim. Produk ini tahan lama, selalunya kalis air, disebabkan itu, kita sering guna lebih daripada perlu. Oleh itu, pentingnya cara mencuci mekap yang betul. Anda perlu ingat bahawa produk mekap akan kekal atas muka berjam-jam dan bercampur lagi dengan kekotoran dan pencemaran menjadikan pori-pori tersumbat, jerawat halus dan memburukkan keadaan bulu kening. Hasilnya, pertumbuhan bulu akan terbantut. Mencuci mekap dan pencucian mendalam akan membuatkan kulit kita kelihatan lebih muda dan melambatkan penuaan.

Apakah cara terbaik untuk mencuci mekap kening?

Pasaran sekarang banyak menghasilkan produk mencuci mekap kening. Di kedai, banyak menawarkan pencuci mekap berasaskan dwi-fasa, micellar water, minyak, susu dan buih. Yang mana perlu dipilih? Sebenarnya, bergantung kepada pilihan anda. Setiap produk mempunyai kepekatan dan bahan-bahan berlainan dan anda perlu pilih mengikut kesesuaian kulit. Jenis mekap kening juga memainkan peranan penting - sama ada kalis air atau tidak - dan sama ada anda memakai kanta sentuh atau sambungan bulu mata palsu. Banyak pencuci mata dan kening mempunyai sifat perapi, menyuburkan bulu dan menguatkan akar rambut. Disebabkan kawasan mata sangat sensitif, kita perlu elak daripada menggunakan produk yang mempunyai paraben, silikon dan komedogenik, dan pastikan anda pilih yang sudah diuji oleh pakar oftalmologi.

Pencuci mekap vs kulit sensitif

Adakah kulit anda sensitif dan memerlukan penjagaan istimewa? Sementara anda mencari pencuci mekap mata dan kening, sebaiknya pilih yang bebas wangian, produk hipoalergenik dengan pH neutral. Produk jenis ini mempunyai kesan melegakan dan perlindungan untuk melindungi epidermis dari kerengsaan dan kesan negatif lain.

Trend pencuci mekap - minyak untuk mencuci mekap

OCM - kaedah pencucian minyak - adalah trend terkini untuk mencuci mekap wajah, mata dan kening. Anda boleh guna minyak untuk mencuci mekap pada kulit dengan bersih - produk ini mempunyai kesan menyuburkan dan menyihatkan bulu kening. Produk OCM biasanya berasaskan minyak kastor yang sememangnya terkenal dengan fungsi penggalak bulu mata dan kening. Minyak kastor boleh menguatkan kening, merangsang pertumbuhan, mengembalikan warna dan menggelapkan sedikit. Pencuci berasaskan minyak berkesan untuk menanggalkan mekap, menyingkirkan maskara, eyeshadow, dan mekap kalis air.

Rutin Untuk Mencuci Mekap Kening dengan 4 Langkah Mudah

Cara mencuci mekap dari mata dan kening dengan cara betul?

#1 Pilih pencuci mekap terbaik, letak sedikit pada pad kapas dan tekan pada kening anda dengan lembut. Jika anda menggunakan pencuci dwi-fasa, goncang botol terlebih dahulu sebelum guna. Ingat, jika menggunakan pencuci mekap berkualiti, anda tidak perlu menggosok.

#2 Pencuci mekap perlu beberapa saat untuk melarutkan produk mekap. Hanya lap dengan pad kapas. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati untuk pastikan tiada sisa kotoran dari kosmetik. Jangan gosok atau tarik kulit - gerakan anda perlu lembut dan berhati-hati.

#3 Mulakan dari bucu dalam - kepala kening - dan bergerak ke hujung (yang paling halus). Dengan cara ini, mekap anda akan mengikuti arah pertumbuhan kening. Ada tidak perlu bengkokkan kening atau menariknya sehingga tercabut

#4 Guna sebanyak mana pad kapas yang anda mahu - biasanya 4 atau 5 sudah mencukupi. Tukar pad kapas sehingga benar-benar bersih. Siap!

Kesilapan yang sering kita lakukan semasa menanggalkan mekap

Kita perlu senaraikan kesilapan yang sering dilakukan semasa menanggalkan mekap. Jika kita elak daripada kesilapan ini, lengkung kening kita pasti kelihatan menarik dan menawan terutamanya pada lengkung. Berikut ialah kesilapan mencuci kening yang sering kita lakukan tanpa sedar:

  • mencuci mekap dengan tidak berhati-hati
  • pilihan pencuci mekap yang salah
  • tidak menanggalkan mekap langsung
  • menggosok kulit dan kening terlalu kuat
  • tidak mengikut arah pertumbuhan kening
Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi