Kesalahan Popular Mekap Kening

apa yang tidak baik untuk kening

Tahukah anda kesalahan yang biasa dilakukan semasa melukis kening? Kita sering terleka, disebabkan itu, kita perlu tahu do's dan don'ts semasa melukis kening. Teruskan membaca jika anda inginkan kening yang sempurna!

Bentuk kening yang salah

Ini ialah kesalahan biasa yang akan merosakkan mekap anda dan membuatkan wajah anda kelihatan hodoh. Kening anda mestilah mengikut bentuk wajah anda. Jangan salin terus mengikut bentuk model atau pelakon - setiap orang mempunyai bentuk kening tersendiri. Pemetaan kening adalah satu kemestian dan mekap anda pasti akan kelihatan cantik. Untuk mendapatkan bentuk kening yang cantik, anda boleh meminta ahli estetik atau mekap artis kening untuk membuatnya - pastikan kening anda dilukis oleh ahli profesional untuk memudahkan anda mekap kening.

Mencabut bulu kening cara salah

Kadang-kadang mekap kening kelihatan buruk kerana kening anda dicabut dengan cara salah. Itu adalah kesalahan popular dalam penggayaan kening yang akan menjejaskan rutin mekap anda. Bukan semua kesalahan ini boleh dibaiki dengan mekap. Jika susah untuk anda mendapatkan bentuk kening yang diingini, jangan lakukan sendiri - sila lawati ahli pro, dan hanya mencabut kening yang melebihi dari bentuk asal. Kadang-kadang, penyepit bulu adalah puncanya, jadi, anda perlu memilih dengan baik. Pastikan yang mudah dipegang, tidak mudah tercicir, dan mampu memegang bulu yang paling halus.

Mekap kening terlalu berani

Ini ialah kesalahan popular: ramai wanita inginkan kening yang berani. Mereka memakai mekap tebal dan membuatkan kening kelihatan seperti watak karton dan melampau. Semakin kurang semakin bagus. Jangan terlalu menggunakan warna yang terang. Guna produk dengan berhati-hati dan jangan melukis lengkung kening terlalu tajam. Ianya terlalu berani untuk ciri-ciri wajah lembut. Hal ini terpakai untuk bulu kening yang cerah - jangan meletak terlalu banyak warna semasa mengisi kening.

Kening terlalu tebal

Melukis lengkung kening terlalu tebal ialah kesalahan mekap biasa. Biasanya dilakukan oleh wanita yang mempunya kening halus atau terlalu banyak mencabut kening dan inginkan kening yang mempunyai lengkung berani serta tebal. Kening yang tebal akan membuatkan kita kelihatan muda tapi kita sering terleka. Kening yang tebal juga boleh membuatkan kita kelihatan marah dan tidak mesra... Mekap kening seperti ini tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai bentuk wajah lembut. Sekali lagi kami ingatkan anda untuk sesuaikan ketebalan kening dengan bentuk wajah.

Kening terlalu halus

Lengkung kening yang halus akan membuatkan wajah anda kelihatan aneh dan tidak simetri. Disarankan untuk bersederhana. Jangan terlalu tebal atau nipis. Kening yang halus akan membuatkan anda kelihatan lebih tua dan dramatik. Jika kening anda halus kerana tidak tumbuh yang baru, kami sarankan anda untuk menggunakan persediaan khusus seperti serum kening - serum akan merangsang pertumbuhan bulu yang degil. Serum yang bagus akan memberikan kesan yang pantas dan menyuburkan dengan nutrisi dari bahan-bahan terpilih. Ia akan menebalkan dan mencantikkan dengan beransur-ansur. Adakah anda akan mencubanya?

Pemilihan warna kening yang salah

Menggunakan mekap kening yang terlalu cerah atau gelap daripada tona kulit dan rambut anda adalah kesalahan yang sering dilakukan. Ramai wanita tidak pandai memilih warna kening yang sesuai dan akhirnya memilih warna yang tona sejuk untuk kulit hangat - dan sebaliknya. Pakar kening menasihatkan untuk tidak menggunakan warna gelap kerana akan membuatkan kening terlalu berani. Kening yang terlalu cerah juga akan menjejaskan mekap. Cerahkan ruang di bawah kening dengan pensel juga adalah idea yang salah. Anda perlu berfikir sedalamnya sebelum memilih warna sesuai untuk mekap kening mengikut jenis wajah anda.

Pilihan produk mekap kening yang salah

Mari kita lihat kualiti produk mekap kening. Pernahkan pomade kening anda mencair terlalu awal, maskara bergumpal atau powder kening anda tiada pigmen dan tidak menghasilkan warna yang diingini? Mekap artis kening hanya memilih produk berkualiti tinggi. Daripada anda mendapatkan produk murah dan tersorok dalam kabinet, sebaiknya anda pilih kosmetik berkualiti tinggi. Ingat bahawa pomade atau gel yang tahan lama dan berpigmen tinggi sangat bagus untuk jangka masa panjang.

Tiada kesan shading

Lebih kurang 80% wanita memakai mekap kening dengan satu warna sahaja yang mencipta kesan bukan semulajadi. Untuk mengelakkan daripada berlaku, jangan pakai produk dari kepala kening (sudut dalaman) - kebanyakan produk hanya perlu dipakai pada lengkung dan hujung sahaja. Hanya guna sedikit pada kepala kening untuk memastikan peralihan warna kelihatan tidak ketara. Ingat bahawa jika anda memakai terlalu banyak warna di peringkat mula, kening anda akan kelihatan berani dan tidak semulajadi. Setelah seleai mekap, sikat bulu menggunakan spoolie untuk menyingkirkan sisa produk dan meringankan kepala kening. Dengan ini, anda boleh mewarna kening walaupun dengan satu warna. Spoolie juga boleh membantu melembutkan lengkung dan bucu yang tajam.

Tidak setting mekap

Disarankan anda untuk guna gel setting jernih sebagai kemasan akhir. Selepas selesai, jangan risikokan mekap anda untuk tertanggal. Gel kening yang bagus akan menyempurnakan kening. Kening anda pasti akan kelihatan sempurna sepanjang hari.

Kami harap mekap kening anda akan menarik hati ramai orang di sekeliling anda!

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi