
Tahukah anda kening - seperti rambut juga - memerlukan penjagaan dan pencucian berterusan? Sebab itu anda kena exfoliate bulu kening anda. Ia bukan sekadar fesyen sementara! Ketahui segalanya tentang exfoliation kening, apakah manfaat dan kenapa anda perlu cuba.
Apakah exfoliation kening?
Exfoliation kening ialah rawatan kecantikan yang dibuat untuk menyingkirkan sel kulit mati dan mencuci kawasan kening. Proses ini juga akan merangsang aliran darah untuk menggalakkan pertumbuhan bulu baru dan menghentikan bulu tumbuh ke dalam. Ia adalah langkah utama sebelum tinting kening atau rawatan gaya lain, tambahan yang menakjubkan untuk laminasi bulu kening
Kenapa anda perlu exfoliate kening anda?
Exfoliation kening mungkin kelihatan seperti tidak penting tapi sangat penting untuk penjagaan kening dan untuk menggayakan. Mencuci dan menyingkirkan epidermis kering sangatlah penting sebelum membuat tinting - skrub akan meratakan coverage. Selain itu, ia sememangnya bagus untuk exfoliate sebelum laminasi untuk memberikan kesan menonjol.
Fungsi lain melakukan exfoliate kening ialah menggalakkan pertumbuhan kening. Jika bulu kening anda tumbuh perlahan atau tidak tumbuh langsung, anda boleh rangsang proses dengan skrub untuk mengaktifkan folikel rambut dan merangsang pertumbuhan baru dengan pantas. Penggunaan berterusan exfoliator adalah kunci kejayaan. Produk penjagaan kening anda - serum kening - akan meresap masuk ke dalam kulit dengan mudah. Selain itu, anda pasti akan lupa dengan bulu tumbuh ke dalam dan lebih mudah untuk anda memakai mekap - produk mudah diratakan. Mekap juga kelihatan lebih licin pada wajah yang dicuci bersih.
Bahan-bahan penting dalam skrub kening
Skrub kening yang berkesan mestilah terdiri daripada bahan penggelupas dan bahan-bahan seperti perapi, pelembap, dan pelicin. Komponen popular dalam exfoliator kening ialah:
- Minyak - minyak dan mentega tidak ditapis yang diproses cold-pressed, contohnya shea butter, minyak argan, minyak kastor atau minyak bunga matahari yang kaya dengan omega-3 dan omega-6 asid lemak, flavoinoid, sterol tumbuhan dan vitamin lain. Semua ini berfungsi untuk mengelakkan daripada kerosakan radikal bebas, menguatkan bulu kening, menambah keanjalan kulit, dan melindungi kening dari kerosakan. Minyak kastor mampu mempercepatkan pertumbuhan.
- Wax - biasanya, beeswax atau carnauba (gantian vegan untuk beeswax) - memberikan kelicinan, kelembapan dan memegang molekul air dalam kulit.
- Asid sitrik atau lain-lain asid AHA - menyingkirkan sel kulit mati dan hiperpigmentasi.
- Ekstrak buckthorn laut - kaya dengan antioksida, menambahkan keanjalan kulit, membaiki dan menyuburkan dari dalam. Kaya dengan vitamin A, E dan zat galian: kalium, magnesium, calium, iron, copper, zink, chromium, selenium.
- Air laut - memberikan kelembapan dan zat galian.
- Glycerin - Mencipta liputan melindungi untuk mengekalkan hidrasi dan mengelakkan kekeringan.
- Biji-biji buluh - menggelupas kulit, menghapuskan pori-pori, menyingkirkan sel kulit mati dan kekotoran.
- Ekstrak aloe vera - mengandungi bahan anti-radang dan anti-bakteria, membaiki dan memberi hidrasi kepada kulit, merangsang pembaharuan sel baru, dan melegakan kerengsaan.
Bagaimana cara untuk exfoliate kening?
Mudah sahaja. Apa yang anda perlu lakukan sama sahaja seperti anda skrub wajah dan badan. Letak sedikit skrub pada kulit lembap dan urut mengikut arah membulat. Ingat, anda perlu cuci mekap terlebih dahulu - kawasan kening perlu dicuci. Pastikan skrub mengeluarkan buih. Akhir sekali, bilas produk dengan air atau lap dengan pad kapas basah.
Exfoliator kening yang mana perlu digunakan?
Bagaimana cara memilih skrub kening terbaik? Ramai wanita fikir skrub wajah sudah mencukupi. Tapi, skrub wajah terlalu kasar untuk kening dan mengandungi bahan terlalu kesat. Exfoliator kening mestilah yang sederhana sahaja dan mengandungi zarah halus yang tidak akan merosakkan bulu kening anda. Pastikan ia kaya dengan bahan botani semulajadi untuk melicinkan. Produk di kedai direka untuk memberikan keberkesanan yang maksimum. Antara bahan yang dimasukkan dalam exfoliator kening ialah zarah penggelupas dan bahan yang menyuburkan.
Exfoliation Kening - Manfaat
-
Merangsang aliran darah untuk pertumbuhan bulu dengan pantas.
-
Membersihkan kulit dan mencuci dari pencemaran dan toksin.
-
Membuatkan semua produk kening memberikan kesan lebih baik.
-
Membolehkan nutrisi menembusi kulit dan bulu anda tumbuh dengan mudah.
-
Menguatkan folikel rambut supaya bulu anda tidak mudah gugur.
-
Mencantikkan kulit dan bulu menjadi lembut seindah sutera.
-
Memberikan kesan tinting terbaik.
-
Menyerlahkan kening untuk pelbagai rawatan.
Bolehkan anda exfoliate kening sebelum dan selepas mekap kekal?
Exfoliation kening tidak boleh dilakukan sebelum mekap kening kekal. Anda perlu masa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum rawatan. Kenapa? Selepas exfoliate, lapisan kulit dalam lebih senang terkena reaksi alergik.
Mekap kekal ialah tatu kulit akan memberi trauma kepada kulit anda dengan menjejaskan lapisan paling dalam. Bermakna risiko untuk mendapat jangkitan dan alergik lebih tinggi. Disebabkan itu, kita tidak boleh menggunakan skrub 2 minggu selepas mendapatkan mekap kekal. Anda perlu tunggu sehingga kening pulih sepenuhnya.