Trend dan Gaya Kening Terkini

Apakah kening yang paling bergaya?

Mekap kening memerlukan persediaan rapi. Bagaimana cara untuk membentuk kening bagi menjadikan ia kelihatan cantik? Adakah anda tahu trend kening terkini? Jom lihat yang paling terkenal dan menarik! Gaya mana yang menjadi pilihan anda?

Kening tidak siap

Ramai orang di seluruh duni sukakan sesuatu yang semulajadi seperti kosmetik atau pewarna rambut herba tanpa bahan kimia. Trend ini juga semakin menaik kalau kita baca cara untuk melukis kening. Kening tidak siap sangat popular sekarang dan semakin ramai menggemarinya. Cara mendapatkan gaya ini? Biarkan kening anda begitu sahaja! Jangan cabut, jangan trim, jangan tint atau jangan gayakan. Untuk menjadikan ia tumbuh dan tebal, anda boleh cuba serum kening yang akan menjadikan kening anda lebih kuat dan tebal dalam masa beberapa minggu.

Gaya kening zaman 1990

Pada zaman 1990, gaya waktu itu tidak sama dengan zaman sekarang. Sangat nipis, terlalu banyak mencabut bulu, dan halus yang disukai ramai! Anda perlu datang dekat untuk melihat kening sebenarnya. Sebelum ini, ramai wanita memilih untuk mencabut bulu, yang tinggal hanya sedikit lengkung halus. Tapi, penampilan ini tidak bertahan lama. Yang sedihnya, kening baru tidak akan tumbuh selepas bertahun-tahun dicabut. Sekarang, kelihatannya trend kening halus kembali semula tapi versi 'naiktaraf' - lengkung kening disesuaikan dengan bentuk wajah dan kemasan akhir dengan sabun kening atau gel.

Kening toreh

Trend kening luar biasa untuk orang yang berani: sebahagian daripada kening akan ditoreh sedikit. Gaya yang menarik walaupun bukan yang terkini - popular pada tahun 1980 dan 1990, Big Daddy Kane, Kris Kross dan Vanilla Ice adalah antara orang yang pernah ikuti trend kening ini. Sekarang, bukan artis atau peminat genre hip-hop sahaja yang memakai kening gaya ini. Gaya kening toreh ini terkenal di Instagram dan ramai mekap artis kening pun menggemarinya. Rihanna juga antara salah seorang yang terpikat dengan gaya ini. Zaman sekarang, kita sudah tidak memerlukan trimmer atau pencukur untuk mendapat torehan kening - kita boleh guna mekap litupan penuh.

Kening lurus

Trend ini juga turut terkenal: anda membentuk kening dengan bentuk lurus dan rata. Untuk mencipta penampilan ini, anda perlu mencabut beberapa helai hulu dari ekor kening. Kening lurus boleh kelihatan menawan dan anda tidak perlu mencabut bulu untuk lihat jika sesuai dengan wajah anda - anda boleh cuba melukis samaran ekor dengan mekap atau concealer. Jika anda suka, anda boleh ambil pencukur dan cabut bulu kening. Apa yang anda perlukan ialah pengepit senget yang tepat.

Kening bulu pelepah

Kening gaya ini semakin terkenal dan anda pasti suka gaya ini jika kening anda jenis tebal dan merimbun. Anda boleh lukis dengan mudah di rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah trim rambut menggunakan trimmer kening khusus dengan bilah panjang. Berus kening ke atas dan trim bulu yang panjang. Dengan ini, anda akan mempunyai kening kemas dan lengkung tebal. Jika anda inginkan kening bulu pelepah yang panjang - cuba kit laminasi kami yang boleh memegang bulu berminggu-minggu.

Kening Geolift

Geolift ialah gaya baru yang hampir sama dengan kening gaya bulu pelepah. Lengkung dan permulaan kening lebih gebu dan penuh tapi ekor kening berbentuk tirus atau tajam. Gaya ini menjadikan kening anda lebih terisi dan terangkat. Wajah anda kelihatan tenang dan mata lebih besar.

Bentuk kening luar biasa

Mekap artis dan pakar kening mempunyai banyak idea gaya kening yang cantik. Mereka tidak takut untuk mencuba dan melebihi batasan. Gaya kening yang terkenal di media sosial dan catwalk termasuk kening ekor ikan yang kelihatan seperti ekor ikan dan kening berombak terkenal di Instagram.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi