Kening Ombre. Cara Melukis Kesan Ini Dengan Mudah?

Mekap kening ombre langkah demi langkah

Ombre - warna yang bertukar dari cerah kepada gelap - trend mekap terhangat zaman sekarang. Teknik shading ini membolehkan anda untuk melukis lengkung yang kelihatan semulajadi dan cantik. Tahukah anda cara melukis kening gaya popular seperti di Instagram? Teruskan membaca untuk tahu resipi termudah - belajar cara melukis mekap kening ombre dengan langkah mudah.

Apa itu kening ombre?

Kening ombre ialah gaya kening yang tidak mempunyai warna sama - kepala kening lebih cerah dan halus, lengkung pula lebih gelap dan ekor kening sangat tepu. Peningkatan rona begini akan memberikan warna mekap semulajadi. Kening anda kelihatan 'on fleek', tidak terlalu melampau atau kelihatan seperti karton.

Kening ombre sesuai dengan mekap kasual, harian atau untuk acara istimewa. Sesuai untuk apa-apa jenis penampilan.

Manfaat yang tidak perlu dipersoalkan lagi, kita boleh cipta kesan ombre menggunakan produk mekap kening: pensel kening, powder, pen atau pomade.

Sebelum anda memakai mekap kening...
...ingat untuk melakukan penjagaan kening harian dan mencabut bulu halus kerana penting untuk mekap anda kelihatan cantik. Jika anda mahu kening anda kekal sihat dan mekap kelihatan cantik, anda perlu berikan serum yang kaya nutrisi. Anda boleh guna minyak kastor atau argan untuk penjagaan tambahan.

Mekap kening ombre langkah demi langkah

Mekap seperti ini memerlukan masa lebih walaupun hakikatnya tidak sesukar mana. Baca tutorial ringkas kami untuk membaca langkahnya. Menggunakan produk mekap berkualiti bagus dan tahu trick nya, akan memudahkan anda untuk melukis gaya ombre semulajadi.

LANGKAH 1 PREP KENING ANDA

Ingat, pastikan kening anda bersih dan kering terlebih dahulu sebelum memakai mekap. Taburkan powder sepanjang kening untuk langkah pertama. Dengan ini, produk mekap anda akan kekal cantik dan tahan lama.

LANGKAH 2 LUKIS GARIS KENING

Melukis garis bawah kening ialah langkah kedua dan tidak boleh dilangkau - kesan akhir bergantung kepada anda, sama ada anda lakukan dengan cara betul atau salah. Lakukan dengan berhati-hati menggunakan pensel, pen atau pomade yang dipakai menggunakan berus halus. Jangan buat terlalu tebal tapi kena terang untuk menonjolkan kepala dan ekor kening.

LANGKAH 3 ISI KENING ANDA

Langkah seterusnya anda perlu mewarna kening dan isi ruang ada pada lengkung kening - jika ada. Jika kening anda jenis bertompok-tompok, anda boleh lukis bulu halus menggunakan pen atau pomade: guna berus sapuan, mengikut pertumbuhan semulajadi bulu. Inilah caranya untuk menjadikan kening anda kelihatan semulajadi.

LANGKAH 4 GUNA WARNA

Untuk mencipta kesan ombre, anda perlu sekurang-kurangnya dua warna - sepatutnya, ia perlu sesuai dengan warna kening anda. Guna kit mekap kening - inilah tujuannya dan terdiri daripada wax berserta dua warna dari tona yang sama - cerah dan gelap. Letak wax pada bulu kening supaya powder boleh diratakan dengan mudah. Sekarang, pakai warna cerah dari kepala kening sehingga ke titik paling tinggi - lengkung. Inilah masanya untuk guna powder lebih gelap dan perlahan-lahan anda perlu tambah warna - mula pada lengkung dan bergerak ke ekor. Perubahan warna cerah dan gelap perlu bergerak dengan lancar, untuk menjamin kesan ombre semulajadi.

LANGKAH 5 PASTIKAN KENING ANDA KELIHATAN SEMULAJADI

Untuk kemasan akhir, kami sarankan anda untuk menyikat kening dengan berus spoolie - terutamanya kepala dan lengkung kening. Inilah caranya untuk anda melembutkan bucu tajam. Lakukan dengan lembut dan jangan tekan spoolie terlalu kuat. Anda ingin melembutkan contour, bukan menyapu warna.

LANGKAH 6 KENING OMBRE ANDA TAHAN LAMA

Langkah akhir untuk memakai mekap tahan lama dan mendapatkan kening cantik: set kening anda dengan gel jernih. Dengan cara ini, anda boleh kawal bulu yang serabut dan untuk mendapatkan bentuk yang diingini serta mekap anda tahan lama. Gel ini akan menjaga mekap anda dari tertanggal sepanjang hari. Selesai sudah mekap ombre anda!

Kening ombre - tradisional atau kekal?

Kening ombre ialah teknik mekap yang semakin popular. Lebih ramai wanita memilih gaya ini - pakar kening boleh mencipta kesan palsu semulajadi kening anda. Mungkin sesuai untuk orang yang mempunyai kening halus dan bertompok-tompok yang tidak mahu mengisi kening setiap hari. Tidak kira berapa umur anda, anda boleh dapatkan kening gaya ini. Anda perlu tahu terdapat beberapa teknik dan pakar estetik kening akan membantu anda membuat pilihan terbaik mengikut wajah anda. Sebelum memilih mekap kening kekal, kami syorkan anda untuk ketahui kesannya, semua kaedah yang tersedia dan penjagaan sebelum atau selepas.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi