13 Kesilapan Kening Biasa

Kenapa mempunyai kening cantik sangat penting?

Mereka kata kening adalah bingkai wajah kerana kesannya yang besar yang boleh menjejaskan penampilan anda. Tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan wanita tidak berpuas hati dengan kening asal mereka. Jika anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca. Sebentar lagi, anda akan ketahui apakah kesalahan penjagaan kening biasa dan cara mengelakkannya.

Kenapa mempunyai kening cantik sangat penting?

Terdapat banyak elemen yang menerangkan penampilan wajah, dan kening adalah salah satu perkara penting. Penggaya mekap mengatakan kening berbentuk aneh akan membuatkan kita kelihatan aneh dan berumur. Kening yang subur, kemas dan terbentuk elok akan memberi keseimbangan kepada wajah, menjadikan anda kelihatan muda dan penyelesaian kepada kelopak mata yang layu. Apakah rawatan kening terbaik? Apakah perkara yang perlu dielakkan untuk mencantikkan kening?

Kesalahan Biasa Kening

1. Anda tidak menjaga kening

Kesalahan biasa dan klasik: kecuaian keperluan kening. Jika anda biarkan kening tanpa sokongan, tiada nutrisi, tidak mencabut bulu berlebih - jangan terkejut kalau kening anda semakin lemah dan gugur. Untuk kes teruk, mengabaikan keperluan kening boleh merencatkan pertumbuhan bulu baru.

NOTA!

Penjagaan kening juga sama penting seperti anda menjaga kulit atau rambut. Kening pun adalah bulu seperti rambut, jadi, kenapa tidak anda menjaganya seperti anda menjaga rambut di kepala? Suburkannya secara berkala dengan serum kening berkualiti tinggi yang kaya dengan ekstrak tumbuhan. Dengan cara ini, kening anda akan tumbuh dengan kuat dan lebat.

2. Anda menggunakan produk kening yang salah

Pernahkah anda tiba-tiba mengubah fikiran dan mula menjaga kening anda? Memang bagus! Anda perlu sedar produk kecantikan yang dipakai pada kening sama ada boleh mempercepatkan pertumbuhan atau menipiskan kening. Rawatan di rumah seperti susu atau kuning telur dikatakan mampu meningkatkan penampilan kening namun keberkesanannya diragui. Mungkin kening anda kelihatan lebih baik tapi anda perlu ambil kira kesan jangka masa panjang. Alternatifnya, anda boleh cuba produk yang direka khusus untuk bulu kening. Ia direka untuk memberikan hasil yang terbaik dengan pantas. Pilih produk dengan berhati-hati, lihat ulasan dan analisisi senarai bahan-bahan. Memakai minyak tumbuhan pada kening juga adalah idea terbaik terutamanya jika digunakan sebagai rawatan pelengkap.

3. Anda tidak menggunakan serum kening

Untuk serum kening pula, peraturan penting ialah anda perlu pilih jenama yang terkenal, pilih produk penjagaan kening profesional. Berita baiknya ialah setelah anda menemui serum yang memenuhi keperluan kening anda, anda sudah tidak perlukan perapi kening lain! Jika kening anda kelihatan nipis, bertompok-tompok dan sukar untuk tumbuh, anda boleh cuba rawatan terbaik yang merawat semua masalah kening pada masa yang sama.

4. Anda menggosok kening dengan ganas semasa membersihkan mekap

Kening anda sangat lembut dan halus yang tidak bertahan dengan kerosakan mekanikal. Oleh itu, anda perlu menjaganya dengan baik. Jangan tekan pad kapas terlalu kuat pada kening anda sambil mencuci mekap kerana anda boleh merosakkan bulu dan mungkin boleh mencabutnya. Guna pencuci mekap yang berkualiti tinggi untuk menyingkirkan warna kosmetik tanpa perlu menggosok dengan kuat. Sememangnya idea yang bagus untuk menggunakan mekap yang diformulasikan dengan ejen penyubur tambahan yang merawat bulu mata dan kening yang lemah.

5. Anda guna produk kening dengan cara salah

Adakah anda memakai produk kecantikan tanpa membaca arahan penggunaan? Ramai orang sering melakukan hal ini dan tertanya-tanya kenapa produk ini tidak menjadi. Sering terjadi juga produk kecantikan digunakan tanpa membaca arahan pada bungkusan - penggunaan berlebihan. Cuba lihat: anda tidak perlu memakai serum kening lebih kerap sehari. Anda tidak akan membuatkan kening tumbuh pantas dengan meningkatkan pemakaian sehari. Peraturannya mudah sahaja. Ikut arahan  yang dinyatakan pada bungkusan dan tidak lama kemudian, kening anda akan kelihatan menawan.

Ingat!

Jangan cuba untuk eksperimen dengan produk kening. Jangan cuba setiap resipi produk kecantikan DIY yang anda temui dalam talian. Hanya fokus satu atau dua produk sahaja. Anda boleh guna minyak tumbuhan dan serum sebagai contoh. Pakai secara kerap dan ikuti arahan. Tidak akan mengambil masa yang lama untuk lihat perbezaannya - kesabaran dan kekal konsisten, anda akan dapat lihat hasilnya.

 

6. Anda tidak melindungi kening dari pengagresi

Tahukah anda kening boleh kelihatan cerah dengan pendedahan kepada matahari? Ia juga boleh menjadi lemah kerana suhu rendah dan udara kering. Anda perlu sedar bahawa bulu kening ialah seperti rambut dan perlukan perlindungan untuk terus tumbuh dan kekal cantik. Selepas ini, jika anda memakai semburan wajah UV, jangan lupa untuk memakai pada kening. Pada hari panas, pakai topi untuk melindungi kulit, rambut, bulu mata dan kening anda daripada kesan negatif UV.

7. Anda lupa untuk mencuci mekap

Adakah sering berlaku dimana selepas hari yang panjang dan penat di tempat kerja, anda pulang ke rumah dan baring tidur tanpa mencuci mekap? Itu kesalahan yang besar. Membiarkan kosmetik berwarna pada wajah anda akan menyebabkan pori wajah dan folikel rambut tersumbat. Kening anda akan menjadi lemah dan semakin menipis.

8. Anda tidak sistematik

Pernahkan anda membeli vitamin untuk rambut dan kening tapi anda lupa mengambilnya? Atau mungkin anda ada membeli serum kening tapi hanya guna sekali sahaja dalam masa beberapa hari? Anda perlu tahu bahawa menjadi sistematik dan konsisten dalam pemakaian produk kening adalah satu-satunya cara untuk kelihatan menawan. Tipsnya: anda perlu letak serum kening di meja sebelah katil, sebelah krim tangan. Selepas ini, anda pasti tidak akan lupa memakainya.

9. Anda tidak guna minyak tumbuhan pada kening

Semua orang tahu bahawa rawatan minyak rambut dan manfaatnya. Tapi, pernahkah anda memakai minyak tumbuhan pada kening. Ini adalah cara terbaik untuk membekalkan nutrisi dan melindungi bulu kening anda. Minyak tumbuhan terbukti mampu menguatkan folikel, dan membekalkan kening dengan asid lemak dan vitamin penting yang sangat diperlukan untuk penampilan anda. Minyak kastor adalah pilihan popular minyak tumbuhan untuk rawatan bulu kening tapi anda juga boleh menggunakan minyak cold-pressed dan tidak ditapis lain yang diekstrak dari biji dan buah. Pilih minyak yang anda suka untuk dipakai pada kening setiap hari. Anda boleh guna q-tip atau maskara lama yang bersih untuk itu.

10. Anda tidak mengurut bulu kening

Bukan gurauan! Mengurut kening secara kerap boleh meningkatkan peredaran darah. Untuk melakukan hal ini, anda boleh guna berus maskara bersih atau cuba cubit kening anda. Tujuannya ialah untuk menenangkan otot wajah, mengurangkan kedutan dan menguatkan folikel kening.

11. Anda tidak membuat pengelupasan kening

Tahukah anda kening anda perlu dicuci kerap? Memakai skrub pada kening akan menyingkirkan sel mati dan meningkatkan peredaran darah yang membantu pertumbuhan rambut. Jika kulit anda bersih sempurna, ia akan menyerap bahan aktif dengan pantas dan menghantarnya ke dalam. Anda boleh pilih skrub sedia guna yang kaya dengan nutrisi.

12. Anda tidak membekalkan nutrisi kepada kening

Makanan yang anda makan mempengaruhi bagaimana bulu mata dan kening anda tumbuh. Jika anda sedar bulu semakin menipis, anda perlu segera memakai produk yang kaya dengan nutrisi dalam menu anda. Anda perlu bekalkan badan anda dengan vitamin B, zink, iron, magnesium dan biotin, silikon, sulfur, copper dan kalsium.

13. Anda menggunakan pencuci biasa untuk membersihkan mekap kalis air

Produk mekap kalis air tidak akan tertanggal walaupun anda pergi berenang, bersenam atau berjalan di bawah hujan. Mekap anda perlu dicuci dengan kosmetik yang direka khusus untuk produk kalis air. Apa yang sedihnya, pencuci mekap biasa tidak bagus mencuci wajah anda termasuk kening dari produk kalis air. Guna losyen micellar dan tekan dengan pad kapas tidak akan memberikan kesan, kecuali anda akan merosakkan bulu dan menariknya keluar.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi