Segalanya Tentang Menindik Kening

Apa itu menindik?

Perhiasan badan masih menjadi trend terkini dan tahukah anda kening ialah salah satu tempat tindik yang popular. Menindik kening kelihatan tidak susah jadi ramai yang suka untuk menindik terus. Tapi, anda perlu ingat bahawa sebarang bentuk tindikan adalah satu gangguan terhadap badan kita. Oleh itu, sebaiknya anda perlu tahu risiko prosedur, jenis tindikan dan saranan penjagaan selepas prosedur.

Apa itu menindik?

Menindik ialah salah satu cara untuk menghias badan. Tindikan akan dibuat pada bahagian badan tertentu untuk meletak perhiasan (cth subang) di situ. Anda perlu tahu bahawa menindik bahagian badan sudah diamalkan beribu-ribu tahun lalu dan popular di pelbagai negara. Asal-usulnya ialah daripada suku kaum Amerika Selatan, Amazon Asia, Afrika dan, Polinesia dan akhirnya terkenal semula pada zaman moden. Bagaimana prosedurnya? Sama dengan menindik telinga: kawasan tisu akan ditindik dengan jarum dan subang akan dimasukkan dalam lubang.

Bagaimana tindik kening dibuat?

Tindikan kening dilakukan dengan jarum untuk memastikan anda tidak merasa sakit. Amat penting untuk elak daripada berjemur, mengambil alkohol dan ubat tahan sakit sebelum prosedur. Tindik kening perlu dibuat dalam keadaan steril menggunakan jarum pakai buang dan alat steril. Subang juga perlu disterilkan. Kawasan kening akan dinyahkuman sebelum mula prosedur. Salun yang anda pergi akan menyediakan pelbagai pilihan cincin yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan yang sesuai dengan badan seperti titanium. Jadi, anda tidak perlu membawa subang anda sendiri. Anda boleh pakainya selepas kening anda mula pulih.

Langkah-langkah menindik kening

1. Pengapit khas akan diletak pada kulit. Kedalaman akan dilaraskan untuk setakat mana jarum akan masuk. Kawasan tebal pada kulit dicubit untuk tidak membiarkan tempat tindik terlalu dekat dengan permukaan kulit.

2. Tempat yang akan ditindik akan dinyahkuman terlebih dahulu.

3. Kemudian, tanda tindik dimana jarum dimasukkan dengan melukis titik dengan pen marker.

4. Selepas itu, tanda tindikan akan ditanda dimana jarum akan dimasukkan. Ia akan kekal dalam kulit dan pengapit akan dibuang.

5. Jarum akan dicabut dan barbel dimasukkan ke dalam tempat tindik. Siap!

Apakah jenis-jenis tindikan kening?

Menindik kening mempunyai tiga jenis asas: standard, horizontal, dan anti-alis. Prosedur ini menyakitkan walaupun disuntik ubat bius, tapi proses pemulihan biasanya berjalan lancar kerana bahagian wajah ini tidak perlu bergerak. Untuk tindikan kening, sejenis barang kemas istimewa digunakan untuk membuat tindik pada permukaan atau dipanggil bar Permukaan.

Adakah menindik kening prosedur yang selamat?

Menindik kening sememangnya selamat tapi elakkan situasi dimana kening yang ditindik bergerak; seperti pakai helmet dan membawa motosikal atau melawat tempat yang mempunyai risiko jangkitan tinggi seperti sauna dan kolam renang atau bilik tanning. Semasa minggu pertama selepas prosedur, anda perlu memberi perhatian penuh di kawasan yang ditindik.

Adakah menindik kening prosedur yang menyakitkan?

Bergantung kepada individu. Ada yang rasa tidak selesa, ada yang baik-baik sahaja. Semasa prosedur berjalan, anda akan diletak ubat bius membuatkan proses ini tidak menyakitkan. Pembalut oklusif akan dipakai selama 8 jam. Kawasan yang ditindik perlu dibasuh beberapa kali sehari dengan larutan saline.

Berapa lama masa yang diambil untuk tindikan kening sembuh?

Tiada jawapan khusus di sini. Bergantung kepada tempat yang ditindik dan individu tersebut. Secara umumnya, masa untuk sembuh bermula dari beberapa minggu sehingga 3 bulan dan di kawasan lain pada badan sehingga 6 bulan! Semasa proses penyembuhan, jenis bahan subang juga penting, disarankan untuk guna bahan yang berkualiti tinggi dimana tidak akan ditolak oleh badan.

Subang kening - emas, perak atau plastik?

Kami mengkelaskan subang kening berdasarkan jenis bahan. Semakin berkualiti bahannya, semakin tinggi potensi untuk badan anda terima. Antara pilihan yang ada ialah:

  • Emas - yang paling bagus tapi paling mahal yang tidak menyebabkan reaksi alahan dan menyokong proses penyembuhan.
  • Perak - lebih murah berbanding emas dan mempunyai bahan regeneratif.
  • Plastik - murah; tidak merosakkan tempat yang ditindik dan menggalakkan penghasilan semula.
  • Titanium - sangat popular, selamat dan bahan anti-alahan yang menggalakkan proses penyembuhan kulit. Sangat berkualiti tinggi dan harga berpatutan. Tambahan lagi, ia tidak menyebabkan reaksi alahan. Subang titanium sesuai dipakai untuk orang yang mengalami alahan.

Apa yang perlu diambil kira sebelum memasang tindik?

Sebelum memasang tindik pada kening atau mana-mana bahagian badan lain, adalah lebih baik untuk ambil tahu risiko prosedur. Hal ini termasuklah:

1. Demam atau sakit dan nama antibiotik jika ambil

Sakit dan ubat-ubatan terutamanya antibiotik yang diambil akan melemahkan badan. Anda perlu tunggu 2 minggu selepas dos akhir dan habiskan prosedur dahulu.

2. Persediaan untuk pemeriksaan perubatan

Secara umumnya, semasa menjalani pemeriksaan perubatan, rawatan, atau prosedur lain, anda diminta untuk membuka perhiasan barang kemas. Jika anda akan menjalani pemeriksaan - disarankan untuk tunda tarikh temujanji. Tempat yang baru ditindik perlu masa sekurang-kurangnya 3 sehingga 6 bulan untuk sembuh dan anda tidak dibenarkan membuka subang semasa dalam proses!

3. Masalah darah beku

Tidak boleh memasang tindik jika anda mengalami masalah darah beku.

4. Kehamilan dan selepas bersalin

Tundakan prosedur memasang tindik sehingga bayi anda membesar.

5. Percutian

Ingat bahawa tempat yang baru ditindik tidak boleh direndam dalam air. Tidak dibenarkan pergi ke kolam renang, kolam, laut atau mana-mana tempat main air. Malah, tidak digalakkan untuk ke sauna beberapa bulan selepas prosedur.

6. Masalah kulit

Semua masalah kulit sama ada kronik atau akut tidak layak untuk memasang tindik.

7. Datang haid

Memasang tindik semasa haid mungkin akan menyakitkan anda.

8. Musim

Anda perlu tahu bahawa kawasan tindik akan sembuh lebih cepat pada musim bunga atau panas berbanding dengan musim salji.

Nasihat penting selepas prosedur tindikan

Pertama sekali - kebersihan! Sama seperti anda mengalami luka, anda perlu mencuci tempat luka dengan bersih. Selepas prosedur, jangan pergi ke kolam renang, jakuzi, kolam, laut dan lain-lain. Air mungkin mengandungi mikrorganisma berbahaya. Jangan sentuh tempat tindik dengan tangan kotor. Basuh tangan anda terlebih dahulu dengan sabun (sabun antibakteria) kemudian pakai cecair nyahkuman di tempat tindik. Bersihkan tempat tindik setiap hari. Anda juga boleh guna pad kapas yang direndam dengan air panas. Pakai antiseptik atau larutan saline (saline atau air laut). Jangan pakai krim, losyen, minyak wangi dan lain-lain di tempat tindik. Sebarang gejala yang luar biasa seperti keluar cecair, kemerahan, atau keradangan perlu segera dapatkan nasihat doktor. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada terkena jangktian dan pergerakan tempat tindik anda.

INGAT!
Jika tempat tindik menjadi merah dan bengkak serta anda rasa gatal, ini adalah tanda keradangan. Sila dapatkan nasihat penjagaan dari pakar.

Tindik dan mekap kening - bolehkah anda pakai mekap kening di tempat yang ditindik?

Ramai orang bertanya adakah boleh untuk pakai mekap selepas memasangn tindik. Semasa peringkat awal proses penyembuhan, anda perlu elakkan diri dari menggunakan sebarang kosmetik yang mengandungi alkohol dan elakkan memakai mekap di sekitar tempat tindik. Apa pun, anda boleh sikat bulu kening dan cabut bulu dengan pengepit di luar tempat tindik kerana memasang tindik akan menarik perhatian ramai. Jadi, pastikan anda menjaga penampilan kening anda. Guna pengepit berkualiti dan prosedur pasti berjalan lancar!

Selepas kulit anda sembuh, anda boleh pakai mekap kening. Kening yang ditindik akan menarik perhatian jadi sudah tentu anda perlu memakai mekap yang cantik menggunakan kosmetik berkualiti tinggi. Kening cantik menawan akan melengkapi tindik dan menambah harmoni secara keseluruhan. Bulu kening yang tidak terurus atau liar akan menjejaskan bentuk kening anda dan kelihatan tidak cantik. Sila pastikan anda menjaga kening dengan baik. Walaupun sekadar touch up dengan pensel kening sudah cukup untuk membuatkan kening anda kelihatan cantik.

Pomade kening adalah produk mekap kening yang ideal yang tahan lama, pekat dan sangat mudah dibentuk. Anda boleh mengisi kening, menerangkan bentuk dan mencipta strok bulu. Mekap kening ini pasti akan menambah tarikan bersama tindikan anda! Lihat panduan kami untuk produk mekap kening dan ketahui cara menggunakannya.


Bolehkah tindikan merosakkan penglihatan anda?

Ada yang percaya bahawa memasang tindik kening akan menjejaskan penglihatan. Ini semua mitos sahaja! Sangat mustahil untuk merosakkan saraf optik semasa prosedur berjalan. Tapi, anda perlu tahu bahawa tindikan yang dibuat boleh menyebabkan risiko untuk menyentuh saraf trigeminal yang boleh menyebabkan neuralgia. Oleh itu, pilih salun dan ahli pemasang tindik dengan berhati-hati - guna servis dari pakar yang bertauliah sahaja yang mempunyai pengalaman luas dan ulasan yang baik.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi