Parut Kening - Cara Menutupinya?

Litupan mekap parut

Parut pada wajah terutamanya pada kening memang senang dilihat kerana biasanya bulu pada tempat itu juga tiada. Bolehkah parut saya ditutup atau sembunyikan parut kening? Kadang-kadang, salah satu cara untuk membuang parut hanya dengan laser atau pembedahan. Tapi, ada cara semulajadi untuk mengurangkan penampakan parut. Ketahui trick mekap istimewa dan cara menghilangkan parut.

Apa itu parut kening dan bagaimana ia boleh berlaku?

Parut ialah perubahan pada tisu yang berlaku kerana kerosakan pada kulit. Biasanya terjadi kerana trauma, kemalangan, kecederaan atau terbakar dan kadang-kadang ia adalah hasil daripada prosedur pembedahan atau kosmetik. Tisu yang sihat diganti dengan tisu fibrous connective atau dikenali juga sebagai tisu parut.

Anda perlu tahu bahawa setiap parut berbeza mengikut intensiti: boleh menjadi halus dan boleh juga tidak kelihatan selepas beberapa ketika, atau parut jenis dalam dan besar - parut seperti ini akan berada di permukaan kulit selama bertahun-tahun dan ada yang selama-lamanya. Parut pada badan boleh disembunyikan di bawah pakaian tapi berbeza dengan parut pada wajah kerana ia agak memalukan. Ramai orang mencari cara untuk menghilangkan parut atau menyembunyikan parut pada wajah, kening atau kawasan yang boleh dilihat.

Kosmetik untuk menyembuhkan parut

jJika parut kening anda terlalu dalam, anda boleh kurangkan penampakannya dengan salap dan krim khas. Anda boleh cari di farmasi tapi ada beberapa jenis yang memerlukan preskripsi doktor. Ia mengandungi bahan istimewa yang menggalakkan penghasilan kulit baru dan pembaharuan sel untuk memastikan tiada parut yang tinggal.

Ada beberapa bahan-bahan popular yang boleh didapati dalam produk tersebut antaranya ekstrak etanol dari kulit bawang, sodium heparin, serbuk mutiara, sel tunjang (termasuk dari Centella Asiatica), polysiloxanes, cyclopentasiloxane, nanocolloid emas dan silikon dioxide. Jika anda mencari produk menghilangkan parut yang bagus, pastikan ia mengandungi bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

Litupan mekap parut

Mekap kening boleh menutupi parut kening dengan mudah! Lihat panduan kami - anda pasti akan menguasai teknik mekap kening dengan mudah bagi menyembunyikan ruang jarang dan parut kening!

CONCEALER - produk ini membantu menyorokkan parut terutamanya yang baru dan berwarna merah. Pastikan anda meratakan tona kulit anda. Ingat bahawa concealer hijau berfungsi baik untuk menutup parut merah manakala concealer kuning disyorkan untuk parut berwarna ungu. Warna nude sesuai untuk parut lama berwarna putih mutiara.

Cara menyembunyikan parut kening dengan mekap. Panduan langkah-langkahnya

1. Pakai pelembap atau losyen pada kulit untuk melicinkan dan melembapkan kulit dan pastikan anda sediakan kulit terlebih dahulu. Hal ini untuk memastikan pemakaian sekata dan kelihatan semulajadi.

2. Pakai concealer kegemaran anda. Guna berus senget. Pastikan bulu berus lembut untuk pemakaian. Sebatikan dengan concealer untuk ia cair dalam kulit anda.

3. Pakai selapis nipis foundation: anda boleh guna berus atau span foundation. Warna foundation mestilah sepadan dengan tona kulit anda. Jika tidak kawasan kening akan kelihatan jelas.

4. Letak powder pada kening dengan powder jernih untuk kesan tahan lama.

5. Masa untuk mekap kening! Jika parut anda terlalu besar dan jelas, lebih baik anda guna pomade. Produk mekap ini mempunyai liputan tinggi dan konsistensi seakan pes yang sempurna untuk menyembunyikan sebarang ruang atau bulu jarang. Pomade senang dibentuk, tahan lama, dan kalis air membolehkan anda untuk meniru bulu kening sebenar pada permukaan kulit berparut. Produk ini membolehkan anda untuk menerangkan bentuk kening anda. Baca lagi [cara menggunakan pomade kening di blog kami].

6. Berus sisa produk dengan lembut menggunakan spoolie. Ekor kening perlu lebih terang manakala hujung dalam perlu sebati dengan baik untuk mencipta kesan semulajadi.

DIY - rawatan di rumah untuk parut

Bolehkah rawatan di rumah menghilangkan parut? Ada krim dan kosmetik DIY yang mengandungi bahan aktif mampu mempercepatkan penyembuhan kulit dan berkesan untuk parut kecil dan halus. Antara campuran yang popular untuk penghasilan kulit baru ialah kisaran minyak semulajadi dan madu. Anda boleh lakukan sendiri dengan mudah: campur 3-4 titis minyak lavender, 50 ml minyak kelapa dan 50 ml minyak argan dengan 10 ml (sudu besar) madu.

Minyak kelapa mempunyai sifat menyuburkan, antiseptik dan antibakteria. Manakala minyak argan pula terkenal dengan kesan meremajakan. Ia menggalakkan penyembuhan kulit dan memberikan kulit dengan asid omega-3 dan omega-6 yang mampu melembapkan, anti-radang dan mempunyai kesan meremajakan. Madu juga menunjukkan ciri-ciri yang sama, ia menghasilkan semula kulit baru dan mengelakkan keradangan. Minyak lavender pula mengandungi vitamin C, asid organik penting, garam mineral dan tannin. Ia menggalakkan proses pemulihan kulit dan melawan masalah kulit. Untuk memastikan minyak ini sebati dengan baik, anda boleh hangatkan sebelum memakai. Ingat, pastikan anda meletak campuran dingin pada parut kening. Letak setiap hari dan selepas beberapa minggu anda akan lihat parut kening mula tidak kelihatan.

Pemindahan kening

Pemindahan kening ialah prosedur kosmetik ialah cantuman bulu yang dipindahkan ke kawasan kening anda. Ia disyorkan untuk orang yang sudah mencuba semua kaedah menyembunyi parut tapi gagal. Ia juga sesuai untuk orang yang kehilangan bulu kerana penyakit, kemoterapi, atau terapi radiasi. Pemindahan kening ialah cara terbaik dan mahal untuk mendapatkan kening tahan lama dan semulajadi. Prosedur ini membolehkan anda untuk memilih bentuk, definisi dan ketebalan. Pemindahan kening dibuat secara manual menggunakan kaedah FUE. Doktor akan mengumpul folikel bulu di kawasan tempat penerima, (biasanya di kawasan telinga atau leher, ia juga boleh diambil dari dagu untuk orang lelaki). Langkah seterusnya ialah unuk implan ke kawasan kosong pada kening. Folikel akan diimplan pada sudut kanan supaya ia tumbuh selari dengan arah semulajadi pertumbuhan bulu kening.

Microblading vs parut kening

Ramai orang tertanya-tanya sama ada microblading mampu menutup parut kening kecil

Sudah tentu boleh! Walaupun agak sukar untuk mendeposit pigmen pada tisu parut kerana tekstur tisu berbeza, hasilnya agak menarik. Kadang-kadang, prosedur tambahan diperlukan pada permukaan parut untuk memastikan kesan tahan lama dan halus.

Inai kening vs parut kening

Inai kening ialah rawatan paling berkesan dan popular. Ia menambah warna pada kening dan juga kulit jadi ia berfungsi untuk menyembunyikan parut kecil dan halus. Inai serbuk adalah produk berasaskan tumbuhan. Dikenali kerana kegunaannya sejak berkurun-kurun lamanya untuk mewarnakan kulit dan rambut. Ia kaya dengan bahan semulajadi yang memberikan kesan mewarna kening terbaik sambil merapikan bulu. Hal ini kerana kandungan mineral dan vitamin dalam formula yang dihasilkan. Anda boleh menggunakannya sebagai alternatif microblading. Kesannya betahan sehingga 14 hari pada kulit dan sehingga 6 minggu pada bulu kening.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi