Mekap kening untuk kulit undertone hangat dan dingin

Jenis warna kulit: tona kulit bermusim

Rahsia untuk mendapatkan mekap kening sempurna bukan sahaja kerana kosmetik berkualiti tapi skema warna yang sesuai dengan kulit wajah dan jenis kulit anda. Bagaimana cara untuk kenalpasti undertone anda dan pilih produk kening yang betul? Adakah undertone anda jenis hangat, dingin atau neutral? Jom kita siasat!

Kenapa memahami undertone akan membantu anda?

Pernahkah anda membeli pomade kening yang kelihatan menarik dalam bekas tapi mempunyai warna oren pelik yang tidak serasi langsung dengan anda? Hal ini mungkin kerana produk itu tidak serasi dengan undertone kulit anda. Mungkin juga produk itu mempunyai rona hangat dan kulit anda dingin, disebabkan itu mekap anda kelihatan tidak harmoni.

Selepas mengetahui jenis kulit, anda boleh tahu warna mekap yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan anda. Hal ini bukan terpakai untuk mekap sahaja tapi untuk pemilihan pakaian atau dalam kata lain penampilan anda secara keseluruhan. Anda perlu tahu undertone kulit bagi memilih produk mekap yang betul. Bagaimana cara untuk tahu undertone kulit dan gunakan pengetahuan itu untuk memakai warna mekap yang betul?

Apakah undertone kulit anda? Jenis tona kulit vs mekap kening

Untuk mekap anda kelihatan semulajadi dan warna mekap kening anda nampak sempurna, anda perlu pilih mengikut warna kulit anda. Terdapat 3 jenis iaitu hangat, dingin dan neutral yang juga kadang-kadang dipanggil campuran. Bagaimana cara untuk kenalpasti undertone hangat dan dingin? Mungkin agak sukar dan tidak jelas sama ada warna hangat atau dingin yang mendominasi kulit anda. Ada beberapa kaedah untuk kita lebih faham undertone!

Hangat atau dingin? Bagaimana cara kenalpasti undertone?

Terdapat beberapa jenis warna undertone - setiap satunya mempunyai karakter yang membantu anda untuk memilih produk mekap. Bagaimana cara kenalpasti jenis kulit anda? Terdapat beberapa cara tapi kami berikan anda kaedah yang terbukti berjaya. Ketahui undertone kulit anda sama ada dingin, neutral atau hangat!

1. Undertone hangat atau dingin: emas atau perak?

Kaedah paling ringkas untuk mempelajari apa itu undertone anda ialah tahu bagaimana kulit anda bertindak dengan tona dingin atau hangat. Hiasi diri anda dengan barangan kemas sama ada emas atau perak dan bandingkan penampilan anda pada kulit untuk kenalpasti undertone. Pastikan anda tidak memakai mekap semasa membandingkannya. Lagi baik kalau anda periksa di tempat terang, dengan cahaya semulajadi contohnya seperti di sebelah jendela. Kami nasihatkan anda untuk ambil gambar bagi tujuan perbandingan. Lihat dengan jelas warna kulit dan warna mata anda - adakah harmoni dengan silver (dingin) atau emas (hangat)? Warna mana yang sesuai dengan kulit anda? Jika silver lebih menyerlahkan ketidaksempurnaan - kulit anda nampak penat, eyebag lebih jelas - maksudnya tona dingin bukan untuk anda.

2. Undertone hangat atau dingin: analisis tona kulit

Anda perlu perhatikan kulit anda dan lihat apa undertone - jenis kulit hangat atau dingin. Warna kulit jenis dingin ialah porselin, dengan rona merah jambu, merah atau ungu. Untuk undertone hangat pula ialah warna emas, kuning, coklat muda dan pic. Kulit yang mengandungi warna oren ialah hangat manakala kulit dengan pigmen kebiruan pula ialah tona dingin.

3. Undertone hangat atau dingin: warna urat

Adakah urat yang kelihatan pada kulit anda berwarna biru atau hijau? Urat hijau bermaksud kulit anda jenis hangat manakala urat biru  pula bermakna kulit anda jenis dingin. Sangat penting untuk anda perhatikannya jika anda berada di sebelah tingkap. Jika anda lihat bercampur dan tidak pasti, maksudnya anda mempunyai kulit neutral.

4. Uji undertone kulit vs mekap

Cara terbaik untuk kenalpasti jenis kulit anda ialah dengan melakukan mekap dua cara. Guna blush bertona hangat pada sebelah pipi (pic, coral, oren) dan sebelah lagi dengan tona dingin merah jambu. Cuba duduk di tepi tingkap pada waktu siang dan lihat warna yang mana kelihatan cantik, cerah dan menarik di wajah anda. Kalau anda kelihatan menarik dengan blush bertona hangat, anda ialah hangat dan jika dengan tona dingin merah jambu, anda ialah dingin.

Ujian yang sama boleh dilakukan dengan lipstick: cuba produk yang terdiri daripada warna fuchsia, merah jambu mutiara, atau merah yang didominasi oleh tona biru. Ikat rambut anda, ambil gambar dan tanggalkan mekap anda. Ulang proses dengan lipstick pic, nude hangat atau coklat. Ambil gambar dengan pencahayaan sama dan bandingkan dengan yang lain.

5. Bandingkan diri anda dengan orang terkenal

Ambil inspirasi selebriti! Outfit dan mekap selebriti biasanya dianalisis oleh mekap artis didalam majalah. Cari bintang filem atau penyanyi yang memiliki warna kulit seperti anda dan baca apa kata ahli profesional. Adakah orang tersebut dinilai sebagai tona kulit dingin atau hangat? Contohnya Sophie Marceau ialah tona hangat musim luruh, Laetitia Casta hangat musim bunga, Clemence Poesy dingin musim panas dan Audrey Tautou ialah tona dingin musim salji.

Jenis warna kulit: tona kulit bermusim

Kami ada menyebut tentang jenis kulit musim luruh dan bunga, inilah masanya untuk kami terangkan. Jenis kulit bermusim akan membantu mengenalpasti 'suhu' kulit anda dan pengkelasan biasa bagi analisis warna empat musim. Empat jenis musim akan menentukan apakah undertone kulit anda:

  • Musim bunga - cerah, hangat
  • Musim panas - cerah, dingin
  • Musim luruh - deep, hangat
  • Musim salji - deep, dingin

Ingat!

Pengkelasan jenis kulit mengikut musim mungkin membantu tapi sangat generik. Terdapat 12 jenis warna sub-jenis untuk tona berbeza. Apa yang menariknya, ada orang yang mempunyai kulit jenis campuran (neutral), jadi kedua-dua tona hangat dan dingin serasi dengannya. Hal ini menunjukkan kita semua berbeza satu sama lain: kulit, apatah lagi warna rambut dan bulu kening - agak sukar untuk kita terangkan jenis kecantikan dan meletak peraturan. Kepelbagaian itu indah!

Jenis kulit dingin

  • Panas - dingin, jenis kulit susu dengan tona merah jambu dan beige. Mata warna biru jernih, hijau, hazel atau coklat muda. Rambut: perang muda, abu, platin atau coklat muda. Kulit senang tan dan berubah menjadi lebih gelap selepas beberapa hari.
  • Salji - kontras tinggi antara kulit dan rambut kadang-kadang dipanggil sebagai jenis 'Snow White'. Kulit sangat cerah dengan undertone warna olive. Mata warna biru, coklat sederhana atau hitam coklat. Senang tan.

Jenis kulit hangat

  • Bunga - kulit tona hangat, biasanya mempunyai banyak flek hitam. Warna mata biru, hijau atau coklat muda. Rambut berwarna perang muda atau perang strawberry dengan undertona karamel atau merah. Kulit senang tan dan mempunyai kecenderungan untuk blushing.
  • Luruh - kulit hangat cerah didominasi oleh tona pic dan keemasan. Rambut berwarna merah atau auburn dengan undertone merah dalam atau keemasan. Tidak tan, mungkin akan ada flek hitam.

Fakta menarik!

Tona kulit akan berubah! Bergantung sama ada anda tan atau mengubah warna rambut, jenis kulit anda akan menjadi sedikit hangat atau dingin. Anda akan sedar semasa anda menggunakan lipstick baru selepas musim panas dan kelihatan lebih menarik berbanding sebelum ini.

Bagaimana cara memilih produk mekap dengan betul?

Sama dengan produk lain, produk mekap kening mempunyai suhu warna khusus. Bagi memastikan anda memilih warna sesuai untuk pomade, pensel atau powder, anda perlu tahu tona dan pilih warna yang serasi dengan rambut, kening dan warna kulit anda. Sepatutnya warna kening anda sama dengan rambut tapi tidak keterlaluan. Jika rambut anda mempunyai beberapa warna, pilih warna yang dekat dengan wajah anda. Semasa memilih pomade kening, pilih warna yang lebih cerah berbanding warna kening anda.

Untuk mekap pula, tona dingin atau neutral akan mendominasi melainkan undertone anda jauh daripada hangat dan warna rambut anda auburn, chestnut atau merah terang. Ambil maklum bahawa kesan semulajadi penting dalam mekap - kening yang melampau dan terlalu gelap akan kelihatan menakutkan dan membuatkan anda kelihatan lebih tua dan bentuk wajah kelihatan lebih tajam.

Tips!

  • Jika anda kelihatan menarik dengan warna musim luruh/salji, pilih warna produk lebih gelap.
  • Jika warna halus lebih sesuai dengan anda, pilih warna lebih cerah.

Pomade kening ialah produk kening yang bagus tidak kira jenis dan ketebalan kening anda. Konsistensi yang ditonjolkan akan menyerlahkan garis kening dengan tepat dengan lebih bergaya. Pomade mampu menyembunyikan ruang jarang pada kening anda dan mengisi kening dengan warna. Selain itu, ia juga membolehkan anda untuk mencipta mekap siang hari atau malam. Ia tidak sesuai jika anda ingin menyegarkan mekap kening kekal anda.

Pensel kening ialah produk bagus untuk menyerlahkan tepi bawah dan mencipta bentuk geometri tepat. Prinsip dalam memilih warna yang betul sama saja: warna produk mestilah serasi dengan tona kulit anda tanpa menimbulkan kekurangan. Pensel kening bagus berguna untuk membuat contour dan mengisi kening dengan warna, melukis bulu halus seakan bulu asal dan menonjolkan ekor kening. Amat penting untuk pastikan permulaan kening halus- mekap kening anda akan lebih menjadi.

Mekap kening untuk kulit jenis hangat dan dingin

  • Mekap kening untuk kulit hangat

Kulit musim bunga dan luruh, sila ambil perhatian! Mekap kening apa yang sesuai untuk kulit jenis hangat? Fokus kepasa warna hangat dan neutral. Musim bunga perlu pilih warna muda dengan rona hangat: beige. Untuk musim luruh pula, sila pilih warna coklat dan beige didominasi oleh warna merah, oren dan keemasan.

  • Mekap kening untuk kulit dingin

Jenis kulit musim salji dan panas mempunyai undertone dingin. Jika anda jatuh dalam kategori ini, mekap anda perlu mengambil kira warna coklat (muda atau gelap) dan kelabu yang sepadan dengan warna rambut anda. Musim salji nampak lebih cantik dengan warna jelas manakala musim panas nampah menarik dalam warna kelabu dan taupe (campuran beige dan kelabu). Untuk musim panas, sila elak tona warna hitam atau tanah.

Mekap kening - warna neutral. Sesuai untuk semua tona kulit

Perlu kami nyatakan bahawa selain daripa tona kulit yang didominasi dengan warna hangat atau dingin, ada satu lagi. Sesuai untuk orang yang sukar mengenalpasti jenis kulit mereka.

Untuk produk kecantikan dalam warna neutral, suhu warna mereka akan diturunkan. Tiada tona warna hangat seperti merah dan oren atau pigmen dingin seperti biru atau ungu. Kerana mereka harmoni dengan warna lain, warna ini sesuai dengan pelbagai jenis kulit termasuk jenis kulit campuran.

Produk mekap kening yang bagus menawarkan warna neutral: pilihan selamat untuk mendapatkan mekap harmoni dan sempurna tidak kira warna apa anda guna untuk mekap. Kening yang diisi dengan warna neutral sesuai dengan eyeshadow, foundation, dan lipstick hangat serta dingin.

Produk Nanobrow - skema warna untuk jenis kulit hangat, dingin dan neutral

Jika anda inginkan produk mekap kening sempurna, sila pilih seleksi produk Nanobrow. Jenama ini mempunyai produk kening bagus untuk setiap tona kulit, jadi anda tiada masalah untuk sepadankan dengan tona hangat, dingin atau neutral. Produk Nanobrow terkenal dengan kualiti dan skema warna halus yang membolehkan setiap wanita menemui warna maskara, pensel atau pomade idaman mereka. Lihat sendiri dan pakai mekap sempurna setiap hari. Nanobrow ialah pakar sebenar untuk mendapatkan alis mata menawan!

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi