
Laminasi kening ialah rawatan penggayaan kening yang sangat popular. Ramai orang di seluruh dunia menggilai rawatan ini dan kami tahu kenapa: laminasi kening membolehkan anda untuk menjinakkan bulu yang tidak terurus dan merapikannya selama berminggu-minggu. Rawatan ini memberikan bentuk kening seperti semulajadi dan anda akan kekal in trend seperti dalam Instagram #nomakeup, #browshaping atau #browlift. Apakah alat yang diperlukan untuk laminasi? Bagaimana cara melakukannya di rumah? Ketahui cara untuk mendapatkan kening sempurna!
Apa itu laminasi kening?
Laminasi kening ialah pilihan popular untuk rawatan bagi mendapatkan bentuk kening yang diingini. Bergantung kepada pilihan anda, anda boleh dapatkan rawatan mengangkat kening atau cuma berus dan rapikan untuk kelihatan kemas. Apa yang menarik tentang laminasi ialah ia mampu menyuburkan bulu kening dari dalam dan memudahkan anda untuk menjaga kening. Tapi, jika anda tidak suka memakai mekap, anda tidak perlu pakai kerana kening yang dilaminasi membuatkan anda tetap kelihatan menawan. Rawatan ini akan membuatkan bulu kelihatan rapi, cukup dengan memberus sahaja. Laminasi kening akan membuatkan kening anda kelihatan cantik selama berminggu-minggu - walaupun tanpa mekap!
Siapakah yang sesuai memakai laminasi kening?
Laminasi kening atau mengangkat kening disyorkan untuk sesiapa yang mempunyai kening tidak terurus, jarang-jarang atau bertompok-tompok. Ramai orang memilih untuk membuat laminasi kening selepas membuat proses mengangkat bulu mata. Semua orang sukakan dan menghargai mekap semulajadi ini. Laminasi juga digemari oleh orang yang tidak inginkan mekap kening separa kekal atau mewarna kening. Laminasi ialah pilihan bijak jika kening anda kelihatan berlawanan arah dan sukar untuk dirapikan. Dengan rawatan ini, anda boleh mengurus dan menyuburkan bulu kening supaya kelihatan berkilat.
Kening anda kelihatan kaku dan anda tidak tahu bagaimana cara untuk membentuknya? Laminasi kening akan mengubah tekstur bulu dan memberikan bentuk baru kening untuk memudahkan anda menggayanya. Dalam kata mudah: jika anda tidak suka bentuk dan penampilan kening anda, laminasi kening boleh mengubahnya untuk kelihatan menawan selama berminggu-minggu.
Apa yang menarik tentang laminasi ialah proses ini boleh menggandakan ketebalan kening anda, disebabkan itu, ia popular dikalangan orang yang mempunyai kening halus dan bertompok-tompok.
Bolehkah anda melakukan sendiri laminasi kening?
Ahli profesional kening dan bulu mata menggalakkan anda untuk mendapatkan rawatan di salun. Walaubagaimanapun, laminasi kening sama seperti rawatan ringkas lain seperti gel kuku atau mewarna kening yang boleh dilakukan di rumah - apa yang anda perlukan ialah kit laminasi kening yang berkualiti. Dengan botol yang ditanda dan arahan jelas, anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Laminasi alis mata tidak sesukar yang anda fikirkan!
Cara-cara laminasi kening
1. Cuci kawasan kening dan pastikan tiada minyak langsung.
2. Pakai gam yang disertakan sekali dalam kit laminasi.
3. Guna berus dan pakai losyen perming pada kening.
4. Berus kening untuk memberi bentuk yang anda mahukan.
5. Biarkan losyen selama mana yang dinyatakan pada bungkusan.
6. Cuci dengan pad kapas.
7. Pakai produk terakhir, agen peneutralan perm.
8. Teruskan memberus kening untuk mengekalkan bentuk yang anda mahu.
9. Biarkan produk selama beberapa minit.
10. Cuci dengan pad kapas lembap.
Siap! Tahniah, anda berjaya menyiapkan laminasi kening!
Ingat, anda tidak boleh memakai mekap dan pergi berenang di kolam renang atau bersauna selama 24 jam selepas rawatan.
Kesan laminasi kening
Laminasi bulu kening akan menjadikan kening anda lebih terbentuk sempurna - bentuk yang anda idamkan. Rawatan ini mempunyai banyak manfaat termasuklah meningkatkan struktur bulu, meluruskan bulu yang serabut dan menambah kilatan pada bulu kening anda. Lengkung kening juga akan kelihatan lebih tebal dan gelap. Bentuk wajah anda akan kelihatan lebih terang.
Berapa lamakah prosedur ini mengambil masa dan berapa lama ia akan berkekalan?
Rawatan ini mengambil masa dari beberapa minit sehingga 20 minit - bergantung kepada produk yang anda guna dan keadaan kening anda. Kesan laminasi ini mampu bertahan dari 4 sehingga 8 minggu atau lebih lama, bergantung kepada keadaan bulu dan penjagaan selepas rawatan.
Bercakap tentang penjagaan selepas rawatan...
Selepas melakukan laminasi kening, anda perlu ikuti beberapa arahan untuk mendapatkan alis mata yang menawan dan panjang. Dalam masa 24 jam selepas rawatan, anda tidak boleh pergi bersauna atau berenang kerana anda perlu biarkan kening anda kekal kering: produk laminasi perlukan masa untuk menyerap. Anda patut elakkan daripada menyentuh kening atau memakai mekap semasa hari pertama rawatan. Selepas itu, anda boleh pergi berenang, bersauna, dan pakai atau cuci mekap sesuka hati anda. Untuk pastikan ia bertahan lama, sikat kening anda setiap hari.
Bagaimana cara merapikan kening selepas laminasi?
Guna minyak sayuran yang mempunyai sifat yang boleh menghasilkan semula seperti argan, jojoba atau kastor. Kesan rawatan akan bertahan lebih lama dan kening anda akan kekal kuat dan subur.