
Adakah kening anda pada awalnya terbentuk cantik tapi sejak kebelakangan ini ia mula menipis? Adakah terdapat jarak antara lengkung? Bulu kening jenis bertompok memang mencacatkan wajah cantik anda. Tapi jangan risau, ada beberapa cara untuk anda menutup tompokan itu - sama ada dengan mekap atau prosedur lain yang invasif. Teruskan membaca untuk ketahui cara sembunyikan ruang antara kening.
Kening bertompok - punca
Terdapat beberapa sebab terjadinya kening jarang - banyak sebab kenapa semakin teruk. Antara puncanya ialah stress, kurang penjagaan kening atau pengambilan ubat-ubatan. Untuk kes yang melampau, keguguran bulu mata disebabkan oleh masalah kesihatan: diabetes, tiroid atau penyakit hati, discoid lupus erythematosus, sebaceous dermatitis, cutaneous leishmaniasis, dsbg. Ruang kosong pada kening juga berpunca daripada jangkitan kulat atau parasit, cth. hama yang makan sel kulit mati. Sebab lain kerana kekurangan vitamin dan elemen penting yang menyuburkan tisu dan folikel bulu menyebabkan keadaan bulu semakin terus. Apakah penyebab alis mata semakin menipis?
NOTA!
Anda perlu ingat bahawa bulu semulajadi memang akan gugur - itu adalah kitaran hidup bulu atau rambut. Tapi, anda perlu bertindak sekarang jika bulu kening mula menipis: lakukan pemeriksaan dengan doktor, kuatkan bulu kening dan sembunyikan ruang dengan mekap berkualiti tinggi.
Bagaimana cara untuk mengisi ruang kosong pada kening?
Nasib baik ada cara mudah untuk meniru dan mengisi kening seakan bulu semulajadi. Apa yang anda perlukan ialah mekap yang berkualiti. Anda boleh sahaja mendapatkan rawatan di salun untuk kaedah profesional. Teruskan membaca jika anda ingin tahu cara mengurus kening bertompok dan menipis.
Bagaimana cara mengisi kening dengan mudah?
Mekap kening ialah cara paling senang dan tidak invasif untuk mengurus kening jarang. Bagaimana cara untuk mengurus kening yang ada jurang? Di sini ada panduan untuk mengisi kening dengan mudah.
LANGKAH #1 Rapikan kening, cabut bulu yang berselerak
Lihat jika kening anda berada dalam bentuk yang diingini dan cabut bulu yang berlebihan. Bersihkan ruang kening, keringkan dan sikat bulu dengan spoolie untuk mendapat arah bulu yang diingini.
LANGKAH #2 Cipta asas untuk produk mekap
Jika anda ingin pakai powder kening, letak sedikit wax/primer. Dengan ini, powder mudah melekat pada kening dan tahan lama serta warna menjadi lebih terang. Jika anda pakai pensel atau marker kening, sediakan kening dengan memakai sedikit concealer cecair - ini akan menjadikan mekap dipakai lebih mudah dan tahan lama.
LANGKAH #3 Terangkan kening anda
Guna pensel kening, pen atau pomade dan garis luar contour kening, lukis bentuk yang anda mahu. Ingat pastikan garis bawah lebih terang.
LANGKAH #4 Lukis bulu individu
Anda boleh strok bulu di ruang jarang. Marker kening khas ialah alat sempurna untuk tujuan ini. Ia akan mencipta teknik seakan microblading. Nanobrow Microblading Pen ialah pen tepat dan berpigmen tinggi meninggalkan kesan yang tahan lama. Kening ini mempunyai warna terang tapi kelihatan semulajadi. Dengan pen ini, anda boleh jadikan kening kelihatan tebal. Lukis garis untuk anda lihat ruang kosong dan pastikan ia menghala arah sama dengan bulu anda.
LANGKAH #5 Isi kening
Masa untuk pakai mekap pada kening - guna powder, pensel atau pomade dan isi lengkung anda. Ingat, pastikan permulaan kening berwarna cerah dan gelapkan ekor. Dengan dua warna kit powder kening Nanobrow, anda boleh cipta kesan ombre cantik. Hasilnya, perubahan rona kening anda kelihatan lancar dari paling cerah ke paling gelap.
LANGKAH #6 Lembutkan contour
Untuk membuatkan kening anda kelihatan semulajadi, anda boleh lakukan sesuatu selain daripada sebatikan warna - berus kening untuk melembutkan garis atas dan hapuskan hujung tajam yang membuatkan anda kelihatan garang. Jika ada garis antara warna, anda boleh blend sahaja dan pastikan perubahan rona kelihatan lancar.
LANGKAH #7 Jadikan kening cantik tahan lama
Akhir sekali, guna gel setting kening sama ada yang jernih atau berwarna. Pakai pada kening dan sikat menghala arah yang anda mahu. Gel ini akan membuatkan kening anda tahan berjam-jam lamanya selain membuatkan ia kelihatan penuh.
Sambungan kening palsu: apakah itu?
Jika anda tidak suka atau tidak ingin mengisi kening setiap hari, anda boleh cuba meletak bulu kening palsu di ruang kosong. Sesuai untuk orang yang mempunyai kening halus semulajadi yang ingin menebalkan lengkung dan menutup ruang atau parut di ruang kosong.
Tekniknya mudah sahaja: bulu halus palsu akan dilekat pada kening dan jangan usik selama 2 3 minggu. Selepas itu, anda perlu mendapatkan isian lain. Semasa memakai bulu kening palsu, jangan guna produk yang kaya dengan minyak dan elakkan menyentuh kening.
Warna kening separa kekal: inai
Jika ruang kosong tidak terlalu besar, anda boleh penuhkan dengan mewarna kening. Inai serbuk dicipta untuk tujuan ini kerana warnanya seakan bulu dan kulit - kening akan kelihatan penuh dan ruang kosong tiada lagi. Dengan inai, anda tidak perlu risau keadaan kening selama berminggu-minggu. Tapi bulu kening yang diinai lebih cepat pudar berbanding dengan rambut yang diinai.
Pilihan kekal: tatu kening
Cara untuk kening jenis bertompok kerana kesan yang paling lama. Tatu boleh bertahan sehingga 3 tahun atau lebih. Kening anda kelihatan tebal dan mencipta bentuk kening yang diingini. Mekap kekal bermaksud melukis bulus bertatu dan sedikit bayang halus untuk menutup ruang dan menjadikan bentuk lengkung lebih cantik. Banyak peminat dan juga penentang tatu kening. Kaedah ini ada risiko tersendiri dan anda perlu tahu pros dan cons sebelum melakukan kerana kesan yang tahan bertahun-tahun.
Tanpa ragu-ragu, mekap ialah kaedah yang paling kurang invasif dan cara terbaik untuk menebalkan kening dan menutup ruang kosong. Apa yang anda perlukan ialah sedikit masa, usaha dan produk mekap berkualiti tinggi - kening sempurna akan menjadi milik anda!