Bagaimana Nak Mencantikkan Kening Tebal dan Lebat?

Bagaimana cara untuk pakai mekap pada kening tebal dan lebat?

Kening yang tebal dan serabut walaupun kelihatan semulajadi menjadi trend terhangat sejak dahulu lagi. Anda bertuah jika kening anda tebal dan lebat -kerana anda tidak perlu berusaha keras untuk bergaya. Hanya pakai sedikit mekap sudah memadai. Tapi, apa yang perlu dibuat jika bulu kening anda sukar diurus dan keluar dari landasan? Berus sahaja dengan spoolie mungkin tidak mencukupi. Anda perlu mendapatkan produk yang bagus untuk mencipta bentuk sempurna dan membuatkan ia kekal. Teruskan membaca untuk ketahui cara merapikan kening yang tebal!

Bagaimana cara mengurus kening yang lebat?

Ramai wanita yang mengimpikan kening tebal, penuh dan lebat. Tapi, mempunyai kening yang melampau tidak selalunya bagus. Bagaimana cara mengawalnya? Bentukkannya dengan baik adalah rahsianya. Jika anda tidak tahu cara yang betul, anda boleh buat dengan pakar kening yang akan membuat pemetaan kening dan mencipta lengkung yang bersimetri serta mencabut bulu yang tidak perlu. Trimming juga bagus untuk mengurus kening lebat - ingat, jangan trim melebihi panjangnya. Kaedah ini bagus untuk membuat sisi dalam kening (garis bawah). Jika di trim dengan baik, kening anda tidak akan kelihatan tebal atau berserabut. Anda boleh trim bulu mengikut kesukaan anda tapi kami sarankan anda untuk menempah temujanji dengan pakar kening yang sah.

Apa yang boleh digunakan untuk kening yang lebat?

Ada yang fikir kening tebal dan lebat tidak memerlukan penjagaan - tidak benar! Apa-apa jenis bulu kening memerlukan penjagaan dan perhatian harian. Cuaca yang teruk (suhu negatif, radiasi UV, cahaya matahari terang), stress, kurang penjagaan kening, ubat-ubatan atau penggunaan kosmetik tidak berkualiti - semua ini boleh menjejaskan keadaan kening dan membuatkan ia gugur, kelihatan pudar dan tidak boleh diurus. Minyak sayuran terbukti berguna sebagai contoh, minyak kastor yang boleh disapu pada bulu kening sekali sehari untuk membuatnya sihat. Serum kening juga ialah produk terbaik - mengandungi ekstrak botani dan nutrisi lain untuk menyuburkan, menguatkan dan meningkatkan keadaan kening anda.

Bagaimana cara untuk menggayakan dan mengurus kening tebal?

Selepas mengisi kening, mungkin ia akan kelihatan lebat dan tidak terurus jika anda tidak menggunakan produk yang bagus untuk merapikan kening. Sabun kening atau gel jernih adalah produk setting terbaik untuk orang yang mempunyai kening berani dan lebat.

Sabun kening

Menggunakan sabun untuk menggayakan kening sudah popular sejak dahulu lagi. Sabun glycerin adalah pilihan terbaik sejak dahulu lagi. Anda perlu mencampurnya dengan air dan kadang-kadang tidak menjadi: tekstur yang tidak membantu, mengeras sebelum membentuk kening yang diingini... Sabun moden mempunyai tekstur yang bagus, senang dicedok dan dipakai terus pada kening. Ia tidak mudah mengeras, jadi, anda mempunyai masa untuk menggayakan kening. Selain itu, hasil akhir lebih baik kerana sabun kening kaya dengan bahan-bahan yang memberi sinar pada bulu anda.

Gel kening

Gel kening ialah produk kemasan akhir mekap terbaik dan membolehkan mekap anda tahan lama. Tersedia dalam versi jernih dan berwarna. Jika kening anda sudah terbentuk cantik dan memerlukan setting sahaja atau anda ialah seorang peminat mekap semulajadi, anda boleh cuba gel jernih. Sesuai juga untuk kemasan akhir selepas memakai mekap lain - mekap anda lebih kekal lama dan sempurna. Jika anda inginkan warna, anda boleh pilih gel kening berwarna dan pilih rona yang hampir sama dengan bulu kening semulajadi anda. Guna secara solo atau di akhir untuk mekap anda.

Bagaimana cara untuk pakai mekap pada kening tebal dan lebat?

1. Membentuk kening adalah keutamaan - mungkin tanpa anda sedar. Orang yang pro mekap dan yang guna produk yang terbaik pun boleh gagal. Membentuk dan mencabut bulu adalah elemen penting dalam penjagaan kening jika anda mempunyai kening tebal dan lebat. Anda boleh serahkan proses ini kepada ahli pro. Untuk penjagaan harian, anda boleh mencabut bulu yang terkeluar.

2. Jika kening tidak terurus senang berkedut dan menonjol, anda memerlukan spoolie dan sabun atau maskara seperti yang dinyatakan di atas untuk membentuk dan meningkatkan warnanya. Jika anda guna sabun, anda boleh pakai mekap terus, cth. powder atau maskara.

3. Maskara kening kelihatan seperti maskara bulu mata tapi mengandungi pigmen istimewa untuk mewarna, menyuburkan dan menjaga kening anda. Tekstur ini membolehkan anda untuk menggayakan lengkung tanpa gumpalan. Maskara kening yang bagus akan membuatkan kening anda sempurna sepanjang hari.

4. Kit powder bulu kening bersama wax sesuai untuk kening jenis tebal dan lebat. Anda boleh guna untuk mencipta penampilan trendy dan lengkung semulajadi yang terkenal di Instagram. Pertama sekali, bentukkan kening dengan wax. Kemudian, tingkatkan dengan menggunakan powder. Untuk membuatkan bulu kening anda bertahan lama dan lebat, letak sedikit gel.

Produk kening untuk bulu kening tebal

Adakah anda mencari produk mekap terbaik untuk kening jenis tebal dan lebat? Gel dan maskara yang dinyatakan di atas sesuai untuk membentuk dan menggayakan kening. Untuk sesetengah kes, kening yang tebal juga berjarang-jarang - anda boleh tirunya menggunakan pensel kening atau marker untuk mencipta strok umpama bulu sebenar. Powder kening adalah pilihan sempurna untuk kening halus dan lebat - tekstur powder akan meningkatkan warna, menyembunyikan ruang kosong dan membolehkan anda untuk mencipta kesan ombre elegan. Wax yang dicampur bersama akan merapikan bulu anda dan membuatkan ia terurus.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi