10 Kesilapan Mekap dan Dandanan Kening

KESILAPAN KENING POPULAR

Kesilapan dalam membuat mekap kening adalah perkara biasa. Kita sering tidak mengendahkan penjagaan kening membuatkan kening kita kelihatan tidak cantik semulajadi. Semakin lama hal ini berlarutan, kita mula sedar kesilapan yang dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk membaca kesilapan mekap kening yang paling biasa dilakukan - pastikan anda terus membaca dan ketahui cara untuk ulangi lagi di masa hadapan!

Lengkung terlalu panjang atau pendek

Kening bersimetri mempunyai bentuk dan panjang yang sesuai. Jika terlalu panjang atau pendek, wajah anda akan kelihatan tidak harmoni dan simetri. Wajah kelihatan aneh. Untuk mendapatkan panjang yang sesuai, anda perlu pensel, berus atau batang mekap halus - tekan dari lekuk hidung ke penjuru luar mata. Garis ini akan memberitahu di mana berakhirnya kening anda.

Salah trim

Trim kening ialah rawatan membentuk kening yang terkenal bertujuan untuk mencipta bentuk kening yang diingini. Untuk kesan terbaik, anda perlu trim bermula dengan memberus kening ke atas. Dengan melakukan ini, lengkung anda kelihatan lebih kemas dan terurus. Yang menyedihkan, ramai wanita trim kening sampai habis - terkenal dikalangan orang yang memiliki kening tebal dan lebat. Akhirnya, kening mereka kelihatan rata. Untuk mengurus kening berserabut, lebih baik guna pengepit bulu.

Guna sabun kening cara salah

Sabun kening adalah trend terhangat sekarang! Sabun kening akan membuatkan kening anda terbentuk cantik sepanjang hari. Apa pun, anda perlu ingat untuk memilih sabun kening yang berkualiti yang bukan sahaja membentuk bulu tapi menambah sinar, menyuburkan dan membuatkan ia kelihatan lebat. Sabun biasa (cth. sabun glycerin) akan set dengan cepat, jadi, sukar untuk anda mekap kening dengan baik. Lagipun, sabun glycerin cepat keras dan dan tidak sesuai untuk dipakai mekap. Untuk sabun kening terbaik, guna sabun yang direka khusus untuk kening bagi menyenangkan anda menggayakan lengkung dengan lebih mudah. Sabun kening sedia guna berfungsi untuk anda dan anda tidak perlu campur dengan air kerana teksturnya boleh diguna terus.

Bulu terlalu banyak dicabut

Mencabut bulu berlebihan memang bagus tapi kadang-kadangn kita sering terlupa dan mencabut dengan banyak... Kemudian, kening kita akan bertompok dan kelihatan seperti karton atau tiada langsung. Semasa membentuk kening, anda perlu garis di luar terlebih dahulu - guna pensel nude. Tandakan contour supaya anda tahu bagaimana bentuk kening anda. Pastikan cabut bulu di luar garisan sahaja.

Kening terlalu lebat

Bulu kening yang terlalu banyak dicabut seperti bulu halus memang kelihatan aneh tapi bulu yang terlalu tebal atau lebat pun tidak cantik jua. Tidak menggunakan pengepit tidak akan membuatkan kening anda semulajadi cantik dan menawan - bulu yang berlebihan tidak akan membuatkan wajah anda kelihatan kemas sebaliknya memberikan ketidakharmonian kepada wajah anda. Ingat, mencabut beberapa helai sudah mencukupi untuk membuatkan wajah anda kelihatan segar dan tidak garang!

Lengkung yang kelihatan tidak semulajadi

Simetri sememangnya sangat penting untuk membentuk kening seperti memakai mekap. Pastikan lengkung anda kelihatan semulajadi untuk mengharmonikan bentuk wajah. Kening terlalu tajam atau bulat atau lengkung terlalu tinggi juga akan membuatkan wajah anda kelihatan lucu dan tidak menarik.

Lengkung yang terlalu tinggi akan membuatkan anda kelihatan seperti terkejut sepanjang masa manakala kening berani yang terlalu rapat dengan yang lain anda membuatkan anda kelihatan garang. Jika anda inginkan kening yang harmoni tapi anda tidak tahu cara untuk cipta bentuk yang sepadan - tempah temujanji dengan pakar estetik yang akan membantu membentuk mengikut wajah anda. Selepas itu, anda boleh guna pengepit untuk mencabut bulu yang berlebihan. Dapatkan pengepit yang berkualiti untuk memudahkan kerja anda!

Kening bertompok

Adakah kening anda jenis jarang-jarang, halus dan bertompok? Adakah terdapat ruang antara lengkung anda?

Anda boleh meniru bulu asal menggunakan produk mekap (pensel kening, pomade, dsbg) tapi anda boleh selesaikan masalah ini dengan menggunakan serum pertumbuhan berkualiti - pemakaian berterusan akan membantu menumbuh semula dan menebalkan kening anda.

Laminasi kening yang gagal

Laminasi kening ialah kaedah yang mudah dan tidak menyusahkan jika anda guna set yang betul, ikut arahan yang diberikan, guna produk berkualiti mengikut botol yang dilabel. Rawatan ini mungkin gagal jika anda membiarkan larutan terlalu lama atau jika anda tidak ikuti arahan selepas rawatan. Ramai orang memakai mekap 24 jam selepas membuat laminasi kening. Laminasi kening akan rosak. Kesalahan lain ialah menggunakan kit laminasi bulu mata untuk laminasi bulu kening. Ingat: semasa melakukan laminasi, pastikan anda mengikut arahan pengilang dan pilih larutan yang berkualiti seperti Nanobrow Lamination Kit. Anda pasti merasakan mudah sahaja untuk membuat laminasi di rumah.

Mekap kening kekal yang gagal

Mekap kening kekal ialah rawatan popular di salun kecantikan. Teknik baru yang melukis strok seakan bulu asal pada kening. Yang menariknya, mekap kening kekal ini menjimatkan masa dan mencantikkan kening anda. Tapi, sebelum anda memilih rawatan ini, anda perlu ambil kira kelebihan dan kekurangannya dan pilih salun yang mempunyai pakar kening bertauliah. Mekap kekal mempunyai banyak kontraindikasi dan anda perlu memberitahu staf salun segalanya tentang penyakit, jangkitan kulit, mengandung dan sebagainya. Jangan kedekut untuk membuat microblading - jangan pilih servis murah atau tempat yang diragui (pengalaman, diploma atau ulasan diragui). Ini ialah rawatan kekal yang tahan bertahun-tahun. Keputusan yang salah akan membuat anda menyesal bertahun-tahun.

Pewarna kening yang gagal

Penggunaan serbuk inai separa kekal pada kening ialah rawatan popular. Bolehkah anda melakukannya sendiri? Sudah tentu boleh jika anda tahu warna apa sesuai mengikut bentuk wajah anda. Ingat, hanya pakar estetik bertauliah sahaja tahu cara untuk sebatikan warna bagi mencipta kesan ombre yang menawan - perubahan warna semulajadi dari rona yang paling cerah kepada paling gelap. Ingat, pilih produk inai yang berkualiti. Pewarna inai yang mempunyai bahan kimia laden boleh menyebabkan reaksi alahan. Serbuk inai kaya dengan ekstrak botani dan daun Lawsonia.

Tulis komen. Ia akan disiarkan sebaik sahaja diluluskan oleh moderator.
Dasar privasi

Laman web kami menggunakan kuki, juga kuki pihak ketiga untuk menggunakan alat luaran. Sekiranya pengguna tidak memberikan kebenaran mereka, hanya kuki penting digunakan. Anda boleh menukar tetapan dalam penyemak imbas anda pada bila-bila masa. Adakah anda memberikan persetujuan anda untuk menggunakan semua kuki?

Dasar privasi